Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Daging Perap Perisa Kopi Macam Seoul Garden. Guna Daging Pejal Memang Padu.

0 4,790

Siapa suka makan di Seoul Garden, mesti pernah jumpa daging perap perisa kopi ni kan? Pernah rasa tak? Serius sedap gila. Sekali rasa, balik je rumah terus terbayang-bayang. Kat tempat lain susah nak dapat. Jadi, jom kita cuba buat daging perap perisa kopi ni.

Mengikut resepi dari Suzy Dujie ni, daging perap ni lagi sedap kalau gunakan daging pejal. Tak ada urat dan tak ada lemak. Lepas tu hirisnya nipis dan potong memanjang ikut urat daging. Bila bakar, daging tu kecut cantik dan sekata. Memang sedap untuk dinikmati.

Bahan-bahan yang digunakan untuk perapan mudah je. Semua bahan yang memang kita dah biasa guna di dapur. Cuma campurkan serbuk kopi atau nescafe untuk bagi rasa dan aroma kopi.

Gunakan nescafe segera 3 in 1 pun dah memadai. Serius sedap. Jangan rasa pelik pula bila ada daging perisa kopi. Lepas dibakar, aromanya memang mengancam. Makan macam tu je pun dah terbuai-buai rasanya.

Nak perap daging tu tak perlu lama-lama pun dah okay. Dalam setengah jam je semua bahan dah kira meresap ke dalam daging. Tapi kalau perap lagi lama, lagi padulah rasanya.

 

RESEPI DAGING PERAP PERISA KOPI

Daging tu kalau anda nak potong nipis memanjang boleh. Kalau nak potong nipis dan lebar pun boleh juga seakan-akan stik. Yang penting potong nipis baru daging mudah masak dan lagi sedap untuk dijamah.

Bahan-bahannya:
  • ½ kilo daging lembu (daging pejal)
  • Tepung gandum 3 sudu makan

Bahan perapan:
  • Kicap manis ENAQ 3 sudu makan
  • Kicap masin ENAQ 3 sudu makan
  • Kicap pedas ENAQ 4 sudu makan
  • Sos tiram 3 sudu makan
  • Kicap pekat mee 2 sudu makan
  • Nescafe 3 in 1 (original) 2 atau 3 pack – Boleh cuba 2 pack dulu (ikut citarasa)
  • Minyak masak 5 sudu
  • Bawang merah (kisar) 5 ulas
  • Bawang putih (kisar) 2 ulas
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan daging perap perisa kopi:

▶️ Mula-mula sediakan daging. Potongnya nipis-nipis dan memanjang ikut urat daging.

▶️ Lepas tu cuci dan rendam daging dengan sedikit tepung gandum. Rendam 2-3 minit pun dah memadai.

▶️ Lepas tu toskan. Toskan sampai tak ada air langsung lagi baik.

▶️ Kemudian masukkan daging dalam piring/mangkuk, dan campurkan dengan kesemua bahan perapan.

▶️ Gaul sebati dan perap selama ½ jam. Kalau nak perap lagi lama lagi sedap.

▶️ Lepas tu bolehlah bakar dalam kuali non stick.

▶️ Bakar sampai masak dan warnanya gelap.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Goreng Halia, Daging Dihiris Nipis Dan Diperap. Serius Rasanya Sedap Dan Padu.

 

Kalau di Seoul garden tu, daging bakar yang dipotong halus-halus memang sedap dimakan. Kalau potong daging macam stik pun sebenarnya enak juga. Cuma bila nak makan tu kena gigih sikit keratnya kecil-kecil. Nak feeling-feeling makan stik bolehlah.

Cicah dengan sos cili, blackpepper dan sebagainya memang menyelerakan. Biasanya kalau buat daging bakar ni lagi sedap makannya waktu panas-panas.

Hujung-hujung minggu kalau bosan tak tau nak buat makan apa, bolehlah buat daging bakar ni. Buat daging perap perisa kopi memang padu rasa dia. Rugi kalau anda tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.