pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kerabu Ikan Bilis Garing Super Sedap. Cukup Rasa Masam, Manis, Pedasnya!

0 1,358

Masakan kerabu ni kita tau ada rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Bayangkan kalau dapat makan kerabu ikan bilis garing, lepas tu makan dengan nasi panas. Fuhh, memang sedap terangkat. Masakan kerabu ni antara menu masakan ikan bilis yang simple.

Kombinasi ikan bilis yang digoreng garing dan juga campuran bahan kerabu memang menyelerakan. Kalau makan dengan nasi, tak kiralah nasi putih atau nasi goreng memang cukup sedap. Nak dibuat ratah macam tu je apatah lagi.

Kalau tak ada idea nak masak apa, bolehlah anda buat kerabu ikan bilis ni sebab mudah dan cepat penyediaannya. Resepi kerabu ikan bilis garing ni ada dikongsikan oleh Puan Rozi Abdul Razak ni.

Orang kata kerabu ni boleh jadi makanan sihat untuk anda yang nak berdiet. Sebab kandungan bahan semua penuh sayuran dan ulam.

Rasa dia yang lengkap dengan masam, manis dan pedas tu buatkan kita susah muak. Tapi syaratnya bahan dan rasa dia tu kenalah mencukupi. Barulah kekal berselera.

 

RESEPI KERABU IKAN BILIS GARING

Sebenarnya nak buat kerabu ni ikut citarasa masing-masing juga. Ada orang nak masak kerabu yang kuat rasanya ala kerabu Thai, jadi bolehlah masukkan sos ikan. Ada juga yang nak lagi wangi, maka dimasukkan daun limau purut. Sebenarnya ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan bilis
  • Bunga kantan
  • Serai
  • Bawang merah besar
  • Cili api
  • Tomato dipotong kecil (dadu)
  • Limau kasturi atau limau nipis yang akan diperah
  • Garam
  • Gula
  • Kiub ayam sedikit

Cara buat kerabu ikan bilis rangup:

▶️ Mula-mula gorengkan ikan bilis dulu sehingga garing. Kemudian ketepikan.

▶️ Selepas tu hiris atau mayangkan bunga kantan dan serai. Potong juga bawang besar merah dan cili api.

▶️ Kemudian sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kesemua bahannya. Masukkan juga tomato yang dah dipotong dadu.

▶️ Kemudian gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam secukup rasa.

▶️ Selepas dah sebati, masukkan pula air perahan limau nipis dan limau kasturi. Gaul rata.

▶️ Dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ramas-ramas sikit ikan bilis dan bahan kerabu tu supaya mudah nanti nak makan. Tapi jangan sampai hancur.

▶️ Gaulkannya sekata, lepas tu siap.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Sedap Dan Padu. Resepi Simple Je Tapi Sedap Meleleh.

 

Boleh rasa-rasa dulu kerabu ikan bilis ni cukup ke tak rasanya. Sebab kerabu ni kenalah lengkap rasa semua masam, masin, manis dan pedasnya. Barulah betul-betul masakan kerabu. Kalau ada yang kurang boleh adjust ikut citarasa anda.

Cuma nanti garam tak perlu letak lebih sebab ikan bilis je pun dah masin. Lepas ni nak buat menu simple bolehlah buat resepi kerabu ikan bilis rangup ni untuk santapan anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.