pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bihun Kungfu Sedap Dan Power! Mudah Je Masaknya Tapi Cukup Special.

0 1,999

Siapa selalu makan keaw teaw Kungfu, mesti dapat rasakan kesedapan makanan ni. Sedap disebabkan oleh kuahnya yang pekat berperasa, dan dimakan dengan kuew teaw disalut telur. Fuhh, nikmat sungguh. Tapi pernah tak anda cuba resepi bihun Kungfu pula?

Perkongsian resepi ni dari Rozmaliza Omar. Anda boleh cuba. Lain dari yang lain rasanya. Bihun Kungfu ni tak perlu masak dengan celup telur pun. Ia digoreng dulu, kemudian letak dalam mangkuk dan tuangkan kuah panas-panas ke dalamnya begitu je sebelum dimakan.

Rasanya dah cukup sedap dan menyelerakan. Janji kuahnya perlu panas. Bihun yang garing macam keropok tadi akan lembut macam mee celup. Dengar je pun dah buatkan kita rasa nak cuba kan.

Kadang-kadang bila teringin makan mee berkuah untuk makan waktu santai, sesekali bolehlah masak masakan bihun yang ada keunikan cara penyediaannya ni.

Kita pun sedia tahu yang kuah Kungfu ni memang cukup sedap dan padu. Tapi kali ni jom ubah selera dari kuew teaw Kungfu kepada bihun Kungfu pula. Mana tau nanti jatuh cinta pada cubaan pertama!

 

RESEPI BIHUN KUNGFU

Untuk kuah Kungfu ni, lagi banyak sayuran segar lagi sedap dimakan. Lebih crunchy bila digigit tu. Selalunya yang wajib ada ialah kubis bunga, lobak merah, sayur hijau dan macam-macam lagi. Anda boleh masukkan apa sahaja yang sesuai dan disukai.

Bahan-bahannya:
  • Bihun ½ bungkus (digoreng)
  • Bawang putih dicincang dalam 2-3 ulas
  • Isi ayam
  • Fishcake
  • Udang (bagi yang nak letak)
  • Bunga kobis
  • Lobak merah
  • Kailan
  • Kiub ayam 1
  • Serbuk lada sulah
  • Tepung jagung 1 sudu besar dibancuhkan dengan air
  • 1 biji telur dipukul

Cara buat bihun Kungfu:

▶️ Sebelum mula masak kuah, jom sediakan dulu bihunnya.

▶️ Mula-mula basuh bihun dulu kemudian toskan sampai betul-betul kering.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bihun tu.

▶️ Nanti bihun akan kembang dan garing seperti keropok.

▶️ Bolehlah angkat dan ketepikan dulu.

▶️ Kemudian sediakan kuah pula. Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau.

▶️ Masukkan pula isi ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.

▶️ Seterusnya masukkan air, kiub ayam, garam dan lada sulah. Kacau sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan lobak merah dan kobis bunga. Dan biarkan sehingga lembut.

▶️ Masukkan pula kailan dan fishcake.

▶️ Dan tuangkan air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Boleh adjust tahap kepekatan yang anda suka.

▶️ Dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan.

▶️ Biarkan mendidih sekejap, kemudian tutupkan api.

▶️ Bihun yang digoreng awal-awal tadi masukkan ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah Kungfu ni panas-panas ke dalamnya.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Sayur Campur Berkuah Chinese Style. Sedap Sangat Dengan Sayurnya Rangup Dan Segar!

 

Fuhh, tengok je bihun Kungfu ni terhidang atas meja dalam keadaan panas berasap tu, terus rasa nak terkam kan. Belum tahu lagi rasanya macam mana.

Sekali bila dah rasa, sedap pula kuah dan bihunnya. Confirm tak cukup semangkuk. Juadah ni sedap kalau nak buat hidangan minum petang.

Kalau tetamu bertandang pun, bihun Kungfu ni antara yang sesuai untuk dihidangkan sebab masakan ni berkuah yang menampakkan istimewa. Sedangkan nak buatnya simple je.

Selepas ni bolehlah hidangkan untuk keluarga. Lepas tu lihat apa respon mereka. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.