pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Nak Buat Ayam Goreng Sedap Macam KFC, Ikut Step Dan Bahan Ni. Sedap Dan Rasa Juicy!

0 1,771

Siapa kata ayam goreng ni nak yang sedap makan kat KFC je. Kat rumah pun boleh buat sendiri gorengan ayam rangup, sedap dan juicy. Buat sendiri lagi jimat. Nak meratah macam tu je pun no hal. Nak buat ayam goreng sedap macam KFC ni ada cara dan bahan tertentunya.

Resepi ni dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad. Tengok je ayam gorengnya. Memang tergoda dengan garingan krup krap krup krap. Dan cantik pula warna kulit ayam tu dan hasil gorengannya.

Bahan yang diletakkan dalam adunan sebelum disalut tepung tu banyak juga yang jarang kita dengar orang buat. Mungkin ini cara barunya yang bagi rasa lagi sedap.Tak cuba tak tahu kan!

Buat untuk anak-anak memang puas ni. Potong ayam tu style dan saiz ayam kfc, memang selepas ni mak ayah tak payah lagi pergi KFC beli set buket.

Bahannya tak banyak pun. Dan mudah sangat stepnya. Jom lihat cara buat ayam goreng macam KFC ni.

 

RESEPI AYAM GORENG MACAM KFC

Bahan ni untuk gorengan ayam seekor. Kalau nak buat lebih atau kurang dari seekor, anda boleh adjust sukatan bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 1 ekor
  • Susu segar 2 cawan
  • Perahan lemon ½ biji
  • Telur (untuk celup ayam sebelum goreng)
  • Tepung goreng ayam (brand apa pun tak kisah)

Cara buat ayam goreng macam KFC:

▶️ Mula-mula cuci ayam bersih dan masukkan dalam mangkuk.

▶️ Dalam susu segar, perahkan lemon ke dalamnya dan kacau sebati.

▶️ Kemudian tuangkan susu segar yang dah dicampur lemon tadi ke dalam mangkuk ayam.

▶️Biarkan ayam berendam dengan susu dan lemon ni dalam 20-30 minit.

▶️ Lepas dah 30 minit, pecahkan telur dalam mangkuk dan ketuk.

▶️ Celup ayam ke dalam telur tu.

▶️ Dan golekkan atas tepung goreng ayam.

▶️ Golekkan sekata dan tebal.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kasi penuh supaya goreng ayam sekata nanti.

▶️ Lepas minyak dah betul-betul panas, masukkan ayam.

▶️ Dan goreng sampai garing dan warna coklat keperangan.

▶️ Dah siap, bolehlah angkat.

 

BACA JUGA: Cara Buat Ikan Pekasam Tenggiri Homemade. Rahsia Pastikan Isi Ikan Tak Kecut.

 

Fuhh, sedap kalau cicah dengan sos cili. Kalau makan macam tu je dah sedap. Nak makan dengan nasi putih atau nasi lemak pun sedap juga.

Ayam ni bukan je rangup dan garing di luar, isi ayam dalamnya pun rasa juicy. Sedap bila digigit dengan kulit yang rangup tu.

Nak buat pun senang sangat. Proses rendam ayam hanya ambil masa 30 minit. Lepas tu goreng. Puas kalau dapat makan lebih seketul seorang.

Pada yang nak buat ayam goreng sedap macam KFC, bolehlah cuba resepi ni. Jangan lupa kongsikan resepi ni di Facebook wall anda. Boleh share dengan member-member sekali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.