pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Kak Wok Sedap Dengan Ayam Goreng, Gulai Dan Sambal Belacannya Yang Padu!

0 13,611

Siapa je yang tak kenal nasi Kak Wok ni. Walaupun asalnya dari Kelantan, tapi dah cukup dikenali di negeri lain. Mana-mana sahaja ada orang jual masakan ni dan amat digemari. Nasi Kak Wok ni simple je sebenarnya hidangannya.

Ada nasi putih, ayam goreng kunyit yang dipotong kecil, gulai kuning rempah dan sambal belacan. Tapi rasa dia cukup padu sebab gorengan ayam kunyitnya wangi, dimakan pula dengan kuah gulai rempah yang cukup sedap.

Tambah lagi dengan sambal belacan. Memang makan sampai menjilat jari. Disebabkan ramai peminat, banyak dah orang kongsikan resepi nasi kak wok ni. Kalau anda nak cuba buat sendiri, boleh ikut resepi nasi kak wok sedap yang ada dikongsikan di page Resepi Ibu ni.

Hidangannya betul-betul menaikkan selera. Dengan gulai ayam berkuah pekat. Sambal belacan pun merah menyala, boleh terasa bahang pedasnya. Siapa je yang tak tergoda.

Kalau hujung minggu tak tau nak masak special apa untuk keluarga, bolehlah try menu Kak Wok ni. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI NASI KAK WOK

Hidangan nasi Kak Wok ni memang wajib kena ada ayam goreng kunyit dipotong kecil, gulai ayam dan sambal belacan. Baru lengkap hidangannya. Walaupun ada 3 jenis lauk, tapi penyediaannya simple dan senang je.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan gulai ayam Kak Wok:

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 labu bawang bombay
  • 1 ½ inci halia
  • 1 ½ inci lengkuas
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 susu makan rempah kerutuk
  • Kacang panjang (dipotong pendek)
  • Terung dipotong kecil
  • Ayam bahagian leher, kaki, sayap dan peha yang dipotong kecil
  • Santan (jangan terlalu pekat sangat)
  • Kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 kerek nisan atau gula melaka

 

Bahan untuk ayam goreng kunyit Kak Wok:
  • Ayam 1 ekor yang siap dipotong kecil-kecil
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 inci kunyit hidup yang ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari

Cara masak gulai ayam dan ayam goreng kunyit Kak Wok:

▶️ Untuk gulainya, mula-mula perapkan dulu ayam dengan rempah karinya.

▶️ Campurkan rempah kari daging dan rempah kerutuk dalam satu mangkuk dan bancuhkan dengan sikit air.

▶️ Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekejap.

▶️ Selepas tu kisar bawang putih, bawang bombay, halia dan lengkuas.

▶️ Kemudian tumis dalam minyak panas sampai naik bau dan bertukar warna.

▶️ Masukkan ayam yang dah diperap dengan rempah tadi, dan masak sehingga ayam empuk.

▶️ Seterusnya masukkan santan dan kacau sebati. Biarkan sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

▶️ Kemudian masukkan kacang panjang dan terung.

▶️ Akhir sekali masukkan nisan, kiub ayam, dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga masak dan sebati dan boleh tutup api.

▶️ Sekarang masak ayam goreng kunyitnya pula.

▶️ Lumurkan ayam yang dah siap dipotong kecil dengan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.

▶️ Lepas tu perapkan sekejap.

▶️ Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Goreng sederhana garing sahaja sebab rasanya juicy dan lebih enak dimakan.

▶️ Selepas dah siap masak gulai ayam dan ayam goreng kunyit, jom buat sambal belacannya pula.

 

Bahan sambal belacan Kak Wok:
  • Bawang besar 1 labu (dibakar)
  • Bawang putih 1 labu (dibakar)
  • Cili kering 4 tangkai (rebus dulu)
  • Belacan 2 inci
  • Air asam jawa
  • Garam, gula dan perasa

Cara buat sambal belacan Kak Wok:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar hancur.

▶️ Kemudian masuk dalam mangkuk untuk sedia dihidangkan. Nak lagi sedap perah sebiji limau kasturi. Lagi padu rasa dia.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Minyak Terengganu Gulai Daging Sedap, Hidangan Yang Cukup Istimewa!

 

Dah siap dan sedia dihidangkan bersama nasi, gulai ayam dan ayam goreng kunyit Kak Wok. Kalau nak makan tu, letakkan kuah lebih, barulah sedap makan dengan sambal belacan yang pedas-pedas masam.

Ayam goreng kunyitnya pun ada wangi aroma daun kari. Memang membangkit selera. Nanti jangan lupa mencubanya.

Kongsikan sekali resepi nasi Kak Wok sedap ni dengan adik beradik dan saudara mara. Nanti boleh masak bersama bila berkumpul beramai-ramai di kampung. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.