Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Kam Heong. Makanan Chinese Terlajak Sedap Dan Paling Senang. Semerbak Kuahnya.

0 3,245

Nak kata makanan ni berkuah, tak ada lah berkuah sangat sebenarnya. Resepi ayam kam heong ni salah satu makanan Chinese yang sedap dan wangi beraroma. Datangnya daripada bahan sos tiram, rempah, daun kari dan sebagainya yang mewangikan kuah.

Dari situlah datangnya wangi masakan ni. Masak dengan kuah yang pekat likat. Fuhh, kalau gaulkan dengan nasi memang sedap betul rasanya. Biasanya kalau di restoran cina tu bukan hanya masak dengan ayam, ada juga menu ketam, udang, sotong dan kerang kam heong.

Sama je cara masaknya, cuma binatangnya je lah yang bertukar-tukar. Resepi ayam kam heong ni antara yang paling terkenal. Semua lapisan umur suka dari dewasa sampai kanak-kanak.

Cuma nak buat versi pedas tak pedas itu terpulang pada anda. Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Azura Ibrahim ni.

Mudah je nak masak menu ni. Tak ada bahan-bahan yang jarang kita guna pun. Semuanya bahan yang dah selalu ada di dapur.

 

RESEPI AYAM KAM HEONG

Apa yang buatkan sedap resepi ni ialah ayam tu akan digoreng dulu, baru lepas tu digaulkan dengan kuah. Goreng ayam pun dicampurkan sedikit perasa. Kemudian digoreng juicy untuk rasa lebih sedap. Lepas gaul sebati dengan kuah kam heong lagi bertambah padu rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan ayam:
  • 10 ketul ayam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu maggi cukup rasa
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam Himalaya

Bahan untuk kuah:
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 biji bawang holland (potong bulat)
  • 3 biji cili kering
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi merah/hijau (potong biasa)
  • 2 sudu makan rempah kari (bancuh dengan air jadikan pes)
  • 2-3 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • Garam dan gula secukupnya

Cara masak ayam kam heong:

▶️ Satukan bahan-bahan untuk gorengan ayam.

▶️ Ayam dilumur dan goreng sehingga masak. Nak rasa lebih juicy, tak perlu goreng sampai garing sangat.

▶️ Lepas tu angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak sikit dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang holland, daun kari dan cili kering.

▶️ Tumis sampai naik bau wangi dan keperangan.

▶️ Masukkan pes rempah kari dan tumis sampai terbit minyak.

▶️ Masukkan air sikit, dan juga sos cili, sos tiram dan kicap.

▶️ Kacau sehingga sebati dan biarkan masak pecah minyak lagi.

▶️ Masukkan ayam yang telah digoreng.

 

BACA JUGA: Resepi Kuey Teow Th’ng Chinese Style. Kuah Sup Paling Simple Tapi Sedap!

 

▶️ Gaul sekata dan boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Masak kam heong cara ni paling senang anda boleh buat. Simple tapi cukup rasa dia. Hidangkan dengan nasi putih panas, tanpa lauk lain pun dah cukup menyelerakan.

Kalau nak pedas boleh lebihkan cili padi. Ikutlah tahap kepedasan macam mana anda nak. Kalau nak kuah lebih pun, boleh gandakan sikit bahan dan air. Boleh adjust ikut citarasa masing-masing.

Kalau anda jenis sibuk dan nak masak cepat, boleh buat resepi ayam kam heong ni. Bukan je cepat, malah sedap dan menyelerakan. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.