Segalanya Tentang Makan..

Pizza Roti Tanpa Bakar. Masak Dalam Kuali Je. Resepi Simple Tapi Sedap Sungguh!

0 2,836

Nak buat pizza ni selalunya memang banyak bahan. Lepas tu kena bakar dalam oven. Siapa yang tak ada oven tak bolehlah buat pizza sendiri. Kali ni ada pula resepi pizza roti tanpa bakar yang boleh masak dalam kuali je. Rugilah kalau tak cuba kan?

Nampak sedap dan menyelerakan. Yang penting tetap sedap dan rasa creamy cheesenya tu. Resepi pizza simple yang dikongsikan oleh Tyra Manan ni ringkas je bahannya. Hanya gunakan roti gardenia putih biasa. Lepas tu bahan topping ialah sos, cheese, sosej dan crab stick.

Tapi terpulanglah pada anda untuk bahan topping ni. Topping boleh ikut citarasa sendiri untuk bahan atau perisa apa yang anda nak letak. Contoh nak tambah lada benggala, nenas, bawang hiris dan sebagainya.

Cuma sebabkan ianya tak bakar, kenalah celur dulu bahan apa yang perlu secara berasingan. Macam sosej dan crab stick dalam resepi ni pun dicelur dulu sebelum taburkan atas pizza.

Mudah je resepi ni. Bolehlah buat untuk anak-anak nak makan santai-santai di rumah. Yang penting kena ada kuali leper dan lebar yang sesuai. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI PIZZA ROTI TANPA BAKAR

Sebabkan pizza ni masak atas kuali, untuk pastikan topping masak sekata terutama cheese tu, perlulah tutup kuali dengan penutup dalam 5 minit. Dalam masa yang sama gunakan api yang kecil. Barulah cheese cantik mencair.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 keping roti gardenia
  • 4 keping cheese cheddar (kalau nak gantikan dengan cheese mozzarella pun boleh)
  • Sos Bolognese
  • Sos cili
  • Mayonis
  • 2 biji telur
  • Mentega
  • Sosej
  • Filamen ketam atau crab stick (kalau nak tambah atau tukar dengan bahan lain pun boleh)

Cara buat pizza roti tanpa bakar:

▶️ Mula-mula kena celurkan sosej dan filamen ketam dulu.

▶️ Potongkan ia kecil-kecil. Ketepikan.

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk dan ketuk supaya sekata.

▶️ Carikkan roti gardenia pada 3 bahagian dan celurkan dalam telur.

▶️ Panaskan mentega dalam pan.

▶️ Kemudian susun roti yang dah dicelur telur tadi ke dalam pan.

▶️ Sapukan sos Bolognese dan sos cili atas permukaan roti.

▶️ Seterusnya taburkan sosej dan filamen ketam. Kalau ada topping lain boleh taburkan juga.

▶️ Letakkan kepingan cheese atasnya.

▶️ Lepas tu tutup pan dengan penutup dan biarkan masak sekata selama 5 minit. Pastikan guna api yang kecil.

▶️ Dah masak cantik dan cheese pun dah mencair, boleh picitkan mayonis dan juga sos cili lagi di atasnya.

▶️ Dah siap.

▶️ Sedia untuk dinikmati.

 

BACA JUGA: Buat Sendiri Chicken Chop Dan Sos Black Pepper. Lebih Jimat, Yang Pasti Sedap!

 

Nampak sedap dan menyelerakan kan? Simple macam ni pun boleh buat pizza roti yang sedap untuk anak-anak makan.

Kadang-kadang tengah malam kalau lapar dan nak makan benda yang simple-simple, bolehlah buat pizza roti ni. Sekejap je dah siap.

Sebenarnya ikut suka anda nak letak topping atau perisa apa atas pizza tu. Ini hanya idea cara buat pizza roti tanpa bakar. Hanya guna roti gardenia biasa je. Tak rugi kalau cuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.