pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri. Sedap Hidang Dengan Jelatah Timun Nenas! Wajib Cuba!

0 1,261

Hujung-hujung minggu ni, rindu pula nak makan lauk kenduri kan. Lagi-lagi ayam masak merah. Resepi ayam masak merah kenduri ni tak sama macam sambal ayam biasa masak kat rumah.

Ayam masak merah ni lebih berkuah, dan warnanya tak semerah macam sambal biasa. Bila dapat makan dengan nasi berperisa seperti nasi tomato dan nasi minyak lagilah sedap. Tapi kalau dapat makan dengan nasi putih panas-panas pun padu juga.

Makan pula sekali dengan jelatah timun atau nenas. Confirm makan bertambah! Untuk resepi ayam masak merah kenduri ni, dah bermacam versi dah kita tengok orang buat. Tapi kebanyakannya memang ada rasa pedas, masam dan manisnya.

Lagi sedap kalau ayamnya tu tak garing sangat dan digoreng juicy. Bila makan dengan sambal sosnya tu, terasa nikmatnya. Resepi ni ada dikongsikan oleh Puan Miya Aira. Mudah je cara masaknya sebenarnya. Dalam resepinya juga ada ditunjukkan sekali penyediaan jelatah nenas.

Dari bahan dan cara masak, mudah je stepnya. Kalau anda nak masak pedas atau kurang pun boleh juga. Ikut citarasa masing-masing.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Untuk resepi ni, ayam dimasak seekor dengan kuah yang lebih banyak dari biasa. Bergantung pada anda kalau nak kuah lebih atau pun tak. Boleh adjust bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia
  • Cili kering dalam 15 ke 20 tangkai yang dah siap direbus (ikut tahap kepedasan anda suka)

Bahan hiris/bahan B:
  • Bawang holland  1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia potong 3
  • Bunga lawang 2 kuntum
  • Kulit kayu manis 1 batang

Bahan-bahan lain:
  • Ayam 1 ekor yang dah siap dicuci, dipotong kecil, dan dilumur dengan serbuk kunyit dan garam
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Tomato 2 biji yang dibelah 4 (kalau nak gantikan sos tomato pun boleh juga. Gunakan 2 sudu besar sos tomato)
  • Santan segar 1 mangkuk

Cara masak ayam masak merah kenduri:

▶️ Mula-mula kisar kesemua bahan kisar tadi dan ketepikan.

▶️ Lepas tu goreng ayam pula. Ayam tu goreng separuh masak sahaja. Jangan goreng garing. Baru sedap dan kurang liat. Kemudian ketepikan.

▶️ Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan kesemua bahan hiris/bahan B. Tumis sehingga layu dan naik bau.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar pula. Kacau sehingga sekata.

▶️ Selepas tu masukkan sos cili dan gaul sehingga sebati. Terus tumis sehingga cilinya garing dan pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Tuangkan juga sikit air untuk jadikan kuah. Ikut tahap banyak mana kita suka.

▶️ Tips nak bagi bau wangi, boleh masukkan daun pandan yang disimpulkan.

▶️ Kemudian masukkan santan. Jangan lupa sentiasa kacau.

▶️ Kemudian masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan terus mendidih untuk sebatikan lagi rasa dan pekatkan kuah sedikit.

▶️ Bila dah pecah minyak dan masak, boleh lah padamkan api.

* Disclaimer: Dalam gambar masakan ni, anda akan nampak warna sambal merahnya seakan warna seperti kari. Tapi itu hanya faktor cahaya kamera. Warna sebenarnya ialah masak merah biasa.

▶️ Seterusnya, sediakan jelatah pula untuk dihidangkan bersama.

 

Bahan-bahan untuk jelatah:
  • Timun 1 batang
  • Lobak merah 1 batang
  • Cili merah 3 biji
  • Bawang merah 1 biji
  • Nenas sebelah
  • Cuka makan 5 sudu
  • Garam dan gula sedikit

Cara penyediaanya:

▶️ Hiris semua bahan-bahan. Kemudian masukkan dalam 1 mangkuk.

▶️ Kemudian gaulkan dengan cuka makan, garam dan gula 1-2 sudu kecil.

▶️ Dah siap boleh hidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Briyani Ayam Dan Kari Kambing Sedap. Makan Sampai Bertambah!

 

Sedap tak terkata bila dah hidangkan kedua-dua juadah wajib masakan kenduri ni. Lagi pekat kuah masak merah, lagi sedap. Dimakan pula dengan jelatah yang masam-masam. Sangat membangkit selera.

Cara masaknya pun mudah. Sesuai buat hidangan sesisi keluarga. Dalam banyak-banyak lauk ayam, ayam masak merah ni selalu jadi kegemaran anak-anak.

Bolehlah buat resepi ayam masak merah kenduri ni untuk hidangan istimewa mereka. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.