pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Dendeng Simple Dan Sedap. Menu Wajib Keluarga, Boleh Makan Ulang-Ulang.

0 8,073

Bila dah selalu sangat makan lauk atau rendang daging ni, muak pula rasanya kan. Kali ni jom buat masakan daging dendeng pula yang lebih sedap rasanya dan tahan lama. Resepi daging dendeng ni agak istimewa sebab daging diperap dulu dan kemudian digoreng. Cara nak buatnya simple je!

Lepas goreng tu baru masuk dalam bahan tumisan rempah dan dimasak kering. Memang sedap sangat gaulkan daging dendeng ni dengan nasi panas. Waktu hari raya hari tu makan dengan ketupat lemang sekejap je dah licin.

Resepi daging dendeng dari perkongsian Rosidah Binti Ahmad ni simple dan mudah je bahan-bahannya. Tapi rasanya cukup sedap, wangi beraroma dan membangkitkan selera.

Kalau di kampung tu, daging dendeng ni biasanya dimasak banyak. Kemudian kerap dipanaskan setiap kali nak makan. Bila selalu dipanaskan tulah rasanya makin sedap dan padu.

Bahan-bahannya tak banyak pun. Rasa daging dendeng ni cukup rasa pedas, masin, manis dan wangi dengan aroma rempah. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI DAGING DENDENG

Daging dendeng ni diperap dengan kicap sahaja. Lagi lama diperap lagi meresap rasanya dalam daging. Kalau ditanya sama ada daging perlu direbus atau tak, bagi yang guna daging batang pinang, tak perlu rebus pun. Dan bagi yang guna daging biasa, dagingnya sebaiknya direbus dulu.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daging (batang pinang)
  • Kicap manis
  • Bawang merah rose (digoreng)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Cili giling (ikut kepedasan)
  • Rempah 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit cuka
  • Daun limau purut
Cara masak daging dendeng:

▶️ Potong daging dengan cara hiris nipis.

▶️ Kemudian perapkan dengan kicap manis semalaman.

▶️ Esoknya bila nak masak, gorengkan bawang rose dulu untuk jadikan bawang goreng. Ketepikan dulu.

▶️ Goreng daging yang dah diperap ke dalam minyak panas.

▶️ Kemudian tumbuk daging dengan lesung batu sehingga meleper.

▶️ Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi.

▶️ Masukkan cili giling dan juga rempah 3 sekawan. Tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan daging, garam, gula dan sedikit cuka. Gaulkannya sebati.

▶️ Nak naik lagi aromanya, masukkan daun limau purut.

▶️ Renehkan sikit lagi supaya lebih berasa.

 

BACA JUGA: Resep Daging Goreng Kunyit Sedap Basah-Basah Lembab. Gaul Dengan Nasi Memang Terangkat!

 

▶️ Dah siap, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Kalau nak tau nikmatnya macam mana makan daging dendeng ni, makannya dengan nasi panas-panas. Rasanya yang pedas-pedas dan wangi tu memang cukup menyelerakan.

Bukan je pedas dan beraroma, ada juga rasa manis-manis sebab gula dan juga perapan kicap awal-awal tu. Kalau buat sekali banyak dan kerap dikeringkan, boleh simpan dalam bekas bertutup. Nak makan je, terus jamah dengan nasi.

Resepi daging dendeng yang dikongsikan ni antara yang paling simple yang anda boleh cuba. Buatlah untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.