Pernah tak makan ikan masin dimasak sambal? Ikan masin ni kalau goreng macam tu je pun, dah cukup sedap makan dengan nasi. Antara lauk sampingan yang membangkitkan selera. Bayangkan kalau masak pula sambal ikan masin sedap melikat, mau makan nasi bertambah sebabkan ikan masin ni je.
Dalam banyak jenis ikan, ikan talang antara jenis ikan masin yang paling sedap. Dengan isinya yang padat dan lembut. Kadang-kadang kalau makannya rasa berlemak. Itu yang sedap bila dimasak dengan sambal yang pekat melikat.
Masak sambal ikan masin talang ni caranya simple je tapi dah cukup sedap. Tak perlu over sangat bahannya. Kalau nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Norafidah Abdul Rahman ni.
Sebelum dimasak sambal, potongkan ikan masin ni kecil-kecil dahulu, barulah digoreng. Bila dimasak sambal yang pekat dan tak berkuah, hidangannya akan nampak cantik.
Nak buat pedas atau kurang pedas terpulang pada anda. Tapi dah nama pun sambal. Kalau dimasak pedas sikit, tentulah rasanya lebih sedap dan mantap.
RESEPI SAMBAL IKAN MASIN
Kalau masak sambal ikan masin ni boleh makan sampai 3-4 hari sebab ianya tak mudah basi. Sebab tu dimasak kering-kering, dan bahan utamanya iaitu ikan masin dan bawang akan digoreng dahulu sebelum tumis kesemua bahan supaya tak berair kemudiannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ikan masin talang/duri
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Cili blend
- Air asam jawa
- Gula
- Minyak
Cara masak sambal ikan masin:
▶️ Mula-mula potongkan ikan masin menjadi kecil-kecil sedikit.
▶️ Kemudian potong pula bawang secara kasar, dan hiris nipis halia. Ketepikan.
▶️ Dalam kuali, gorengkan dulu ikan masin tapi jangan terlampau garing. Sebab nanti takut ikan keras.
▶️ Kemudian dengan minyak goreng ikan masin tadi, gorengkan bawang dan halia pula. Tujuannya nak bagi rasa lebih wangi dan sambalnya kering nanti. Kemudian angkat dan ketepikan.
▶️ Dengan minyak masak yang sama juga, tumis cili blend pula. Tumiskan sehingga cili masak.
▶️ Kemudian perasakan dengan gula dan air asam jawa.
▶️ Dah garing sambal, baru masukkan ikan masin, bawang dan halia yang dah digoreng mula-mula tadi.
▶️ Gaulkan sebati, dan boleh padamkan api.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Sambal Nenas Sedap Terliur. Rasanya Padu, Pedas, Masam Dan Manis. Rugi Tak Cuba!
Mudah je kan nak masaknya. Bahan pun simple. Kira bolehlah dijadikan menu sampingan yang sedap dan menyelerakan. Tapi janganlah masak kerap sangat sebab kalau terlampau banyak makan masin-masin tak baik untuk diri pula.
Kalau contohnya anda nak makan sambal ikan masin yang ikannya tak terlalu masin, boleh rendamkan dulu ikan masin ni supaya masinnya tu keluar sedikit. Nanti bila dimasak sambal, rasanya akan light-light sahaja.
Nak berpuasa ni. Nanti bolehlah jadikan sambal ikan masin pekat melikat ni sebagai salah satu idea makanan sahur anda. Selamat mencuba!