Ada ayam dalam peti sejuk tu, nak masak lauk apa hari ni agaknya? Menu masakan ayam ni memang banyak. Tapi bila time nak masak je mulalah fikir nak masak apa ayam ni. Apa kata jom buat menu ringkas ni iaitu resepi honey garlic chicken yang terlajak sedap. Pasti anak-anak suka!
Nama melayunya ayam masak madu dan bawang putih. Masakan ni sedap sebab ada rasa manis-manis dan wangi dari campuran bawang putih, madu dan halia. Kuah ecaknya tu sedap makan dengan nasi putih atau makan dengan nasi berperisa seperti nasi ayam.
Senang je cara masaknya. Hanya gunakan 4 bahan je, tapi rasa dia padu dan menyelerakan. Resepi ni dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain.
Antara menu yang sedap dan sesuai disediakan untuk anak-anak sebab resepi ni tak pedas. Ayamnya digoreng simple je dan isinya lebih lembut dan juicy.
Tak perlu kuah lebih-lebih pun dah cukup menyelerakan. Jom kita lihat cara penyediaannya. Yang mana tak dapat buat sekarang, boleh simpan dulu ya.
RESEPI HONEY GARLIC CHICKEN
Resepi ni juga sesuai kalau anda nak buat sebagai makanan diet sebab gorengannya tak menggunakan minyak. Kalau tak nak cepat muak, boleh masukkan sikit cili, serbuk lada hitam atau lada sulah. Boleh adjust ikut selera anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam yang dipotong kecil
- Bawang putih 4 ulas yang dipotong kecil atau dadu
- Halia 1 inci yang dipotong dadu juga
- Madu
- Sedikit marjerin
Cara masak honey garlic chicken:
▶️ Mula-mula bersihkan siap ayam dan campurkan dengan sedikit black pepper dan garam. Gaul sehingga sebati.
▶️ Kemudian masukkan ayam dalam kuali tanpa minyak. Cuma masukkan air sedikit supaya ayam tak melekat.
▶️ Balik-balikkan ayam sehingga bertukar warna keemasan untuk kedua-dua bahagian atau sehingga masak.
▶️ Seterusnya masukkan marjerin sedikit. Biarkan marjerin mencair.
▶️ Kemudian masukkan bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi.
▶️ Selepas tu masukkan madu secukupnya. Gaul sehingga sebati. Boleh perasakan dengan garam dan gula kalau suka.
▶️ Kalau nak ada hiasan, boleh masukkan parsley flakes. Terpulang pada anda. Boleh juga kalau nak hiaskan dengan daun sup.
▶️ Dah siap boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Sos Tiram Sedap Lagi Terangkat. Mudah Dan Cepat!
Wahh, nampak betul-betul menyelerakan lagi-lagi ayamnya yang lembut dan warna kuah ecaknya yang coklat keemasan. Bau je pun dah menaikkan selera, apatah lagi rasanya.
Menu honey garlic chicken ni nampak special walaupun simple. Kena cara hidangannya, boleh makan sampai bertambah-tambah. Lagi-lagi kuahnya dimasak cantik dan cukup berasa.
Lepas ni bolehlah jadikan masakan istimewa untuk anak-anak dan keluarga. Hidangkan dengan nasi panas-panas. Pasti bertambah selera. Jangan lupa mencubanya!