Warning: fopen(/tmp/8b6da7855ac40f25e8ddbf18c78f7993-PMEQs6.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/8b6da7855ac40f25e8ddbf18c78f7993-PMEQs6.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Celup Tepung Sedap. Rahsia Dapatkan Kerak Yang Banyak Dan Rangup!

0 9,959

Eh.. Selalunya kita makan sotong goreng tepung atau udang goreng tepung. Kali ni ikan goreng tepung pula. Kalau anda peminat nasi kerabu, mesti pernah makan ikan goreng tepung ni dihidang sebagai salah satu lauknya. Ikan goreng tepung ni terkenal kat negeri pantai timur. Di sana bukan sahaja makan dengan nasi kerabu. Malah diratah sambil cicah dengan sos kepok.

Ada resepi ikan celup tepung sedap dan rahsia untuk dapatkan keraknya yang banyak dan rangup. Sebab tu sedap kalau dimakan begitu je. Kalau ada banyak ikan dalam peti sejuk tu, apa kata cuba buat ikan goreng tepung ni. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Khaisar Azman ni.

Kalau dapat buat juadah ni dengan ikan yang masih segar dan manis isinya, lagi sedap untuk dinikmati. Cara bancuhan tepung tu yang paling penting sekali untuk pastikan gorengannya banyak dan crunchy. Bila goreng tu, berdesir bunyinya.

Ikan goreng tepung ni tak sama macam udang goreng tepung. Kadang-kadang tu dalam kuali nampak macam rangup je serbuk gorengan tepung tu. Tapi bila angkat lama-lama kerak jadi lembik. Sebab tu lepas goreng tu jangan dedahkan terlalu lama. Sebaiknya makan terus lagi sedap dan menyelerakan.

Resepi ni simple dan mudah je. Bahan dan stepnya tak banyak. Bancuhkan sahaja kesemua bahan kemudian lumur pada ikan macam nak goreng pisang tu. Dan goreng dalam minyak yang panas.

 

RESEPI IKAN CELUP TEPUNG SEDAP

Dalam bahan-bahan ni ada dicampurkan telur sebiji. Inilah rahsia untuk dapatkan kerak yang banyak. Sekali goreng berdesir bunyinya dalam kuali. Rasanya akan lebih sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung beras agak-agak dalam 2 cawan
  • Air kapur makan 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit agak-agak kuantitinya
  • Garam secukupnya
  • Ajinomoto secukupnya
  • Air
  • Telur sebiji
  • Ikan kembung/selar

Cara buat ikan celup tepung:

▶️ Mula-mula bancuhkan kesemua bahan ni di dalam mangkuk.

▶️ Telur dipecahkan dan ketuk hingga sebati bersama bahan-bahan lain.

▶️ Masukkan air sikit-sikit sambil gaulkan dengan tangan untuk sebatikannya.

▶️ Pastikan bancuhan tepung ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sedang-sedang je.

▶️ Masukkan ikan yang dah siap disiang dan dibersihkan.

▶️ Lumurkan ikan dengan tepung sekata.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kenalah banyak atau dapat menutupi semua ikan semasa menggoreng untuk gorengan yang cantik dan sekata.

▶️ Lepas minyak dah betul-betul panas, masukkan ikan dengan lumuran tepung yang tebal dan banyak. Barulah berdesir.

▶️ Balik-balikkan sampai ikan masak dan gorengan rangup keperangan.

▶️ Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Dah siap. Sedia dihidang dengan sos apa-apa sahaja.

 

BACA JUGA: Sotong Biskut Crackers Rangup Dan Sedap. Gunakan Biskut Crackers! Sedap Ala Sotong Goreng Tepung!

 

Kalau anda nak makan dengan nasi putih pun sedap juga. Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Fuhh, sedap dan menyelerakan. Lagi-lagi makan masa ikan masih lagi panas dan rangup baru lepas digoreng.

Apa lagi, kalau ada ikan lebih dalam peti sejuk tu, jomla buat resepi ikan celup tepung sedap dan rangup ni. Hidangkan untuk anak-anak dan keluarga. Pasti mereka menyukainya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.