pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kailan Pekasam Daging Sedap Terangkat. Dan Cara Buat Pekasam Daging Sendiri!

0 748

Bagi sesiapa yang suka makan pekasam, tahulah macam mana rasa dia lagi-lagi bila gaulkannya dengan nasi panas. Kali ni jom kita buat pekasam sendiri dan jadikan stok masakan. Pekasam daging ni boleh dimasak bermacam jenis masakan antaranya dengan sayuran, masak berlada malah gulai.

Resepi kailan pekasam daging ini ialah salah satu masakan daging pekasam yang anda boleh buat. Rasanya amat sedap dan membangkitkan selera. Melalui perkongsian dari Shai Anne Ahemad ni, ditunjukkan juga cara buat daging pekasam homemade yang anda boleh buat sebagai stok masakan.

Daging pekasam inilah sebagai ‘key’ sebenar yang menjadikan masakan kailan goreng ni sedap terangkat. Padahal nak masaknya mudah je menggunakan bahan yang sangat ringkas. Begitu juga kalau daging pekasam ni dimasak dengan juadah lain. Besar peranannya!

Kailan pekasam daging ni sedap dimasak kering atau kuah yang sangat sedikit. Rasa masin-masin masam daging pekasam yang digoreng dengan bahan tumis bawang dan cili tu buatkan kita kecur air liur. Kadang-kadang rasa nak meratah.

Jom kita lihat cara masakan kailan pekasam daging yang sangat senang ni. Resepi campak-campak je orang kata. Yang tak biasa masak pun boleh buat resepi ni dengan mudah.

 

RESEPI KAILAN PEKASAM DAGING

Kalau nak buat pedas atau kurang pedas terpulang pada selera masing-masing. Tapi sebenarnya masakan ni lagi sedap kalau rasa pedas yang sederhana sebab kalau terlampau pedas, boleh matikan rasa pekasam daging tu. Kurang sedap jadinya.

Bahan-bahan diperlukan:
  • 100 gram pekasam daging homemade (dibuat sendiri)
  • Kailan 2 genggam
  • Bawang merah 2 biji (dipotong)
  • Bawang putih 2 ulas (dipotong)
  • Cili padi 2 biji (diketuk)
  • Cili merah 1 biji (dipotong)
  • Sos tiram 1 sudu
  • Sos ikan 1 sudu

 

Cara masak kailan daging pekasam:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan batang kailan dulu untuk lembutkannya.

▶️ Masukkan sos-sos perasa, dan kacau sekata.

▶️ Masukkan sayur kailan, dan akhir sekali cili merah.

▶️ Dah layu, boleh tutup api.

▶️ Tak perlu nak masukkan garam lagi dah sebab sos perasa dan daging pekasam dah masin.

Inilah dia resepi kailan daging pekasam anda boleh masak sebagai juadah sayuran yang lebih istimewa berbanding biasa.

 

CARA BUAT DAGING PEKASAM HOMEMADE

Jom lihat macam mana cara buat daging pekasam homemade untuk jadikan stok masakan.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya:

▶️ 1 kg daging yang dibersihkan. Kemudian potong lebih kurang saiz tapak tangan. Toskannya.

▶️ 1 cawan beras yang digoreng sangai tanpa minyak sampai warna bertukar perang. Kemudian beras ni dikisar secara kasar atau tak hancur sangat. Hancur sikit-sikit je.

▶️ Daging yang ditoskan tadi sapukan dengan 1 senduk garam, ½ senduk gula dan juga beberapa asam keping. Atau boleh juga letakkan air perahan limau dan gaulkannya dengan beras yang dikisar tadi.

▶️ Dah gaul dengan sekata kesemua bahan dengan daging, boleh perap dalam bekas bertutup. Letak luar atau dalam peti ais biasa (tak beku).

 

BACA JUGA: Resepi Baby Kailan Goreng Bersama Bawang Putih Dan Udang. Sedap Kalah Kedai!

 

Selepas 2-3 hari atau seminggu, dah boleh masak bermacam cara. Nak buat tumis daging pekasam sahaja atau masakan lain seperti masak sayur kailan ni pun boleh. Sangat sedap dan menyelerakan.

Kalau daging perap ni terlampau masam atau masin, boleh bilaskannya sikit sebelum masak. Ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.