Warning: fopen(/tmp/5f4e66d78ef56785921b6bad56910c9f-MNGSBF.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/5f4e66d78ef56785921b6bad56910c9f-MNGSBF.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kari Ikan Sedap Dengan Aroma Rempah Yang Power! Kuah Pekat Dan Terangkat.

0 1,148

Siapa selama ni tercari-cari resepi kari tak bersantan macam kari mamak, boleh cuba resepi kari ikan sedap terangkat dari perkongsian Rehana Nurul Amin ni. Tapi resepi beliau sebenarnya bukanlah kari ala mamak, malah lebih padu rasanya dengan bahan rempah sendiri.

Persamaan resepi beliau dengan kari mamak ialah tak bersantan je. Bahan yang lain ada perbezaannya. Syarat nak masak kari yang padu bergantung pada aroma rempah yang dimasukkan. Mengikut resepi ni, bahan rempah yang digunakan ialah rempah homemade turun temurun dari ibunya.

Rasa masakan kari akan berbeza dengan kari biasa yang kita masak. Secara asasnya, senarai bahan rempah beliau termasuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, kas-kas, lada dan sebagainya. Dan rempah ni akan dicampurkan sikit dengan serbuk kunyit.

Kalau anda nak mudah, dan tak mahu buat rempah homemade sendiri sebegini, boleh je gunakan serbuk kari daging. Senang je kan. Lebih pantas tapi rasanya masih sedap.

Jom kita lihat resepi mudahnya. Nanti buatlah kuah karinya pekat-pekat yang penuh dengan bahan tumis. Waktu masak tu, akan bau semerbak dengan aroma rempah yang wangi.

 

RESEPI KARI IKAN SEDAP

Nak lagi sedap, ikan perlu digoreng tak beberapa garing dulu supaya rasa lebih juicy. Nanti masa sebatikan dengan kuah kari, rasa kari tu meresap ke dalam ikan. Sedap bila dimakan dengan nasi nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan ikan:

  • Ikan siap dibersihkan dan dipotong (tak kira ikan apa pun)
  • Perapkan dengan campuran serbuk kunyit ,serbuk cili dan garam sedikit (untuk menggoreng ikan)

Bahan-bahan untuk kari:
  • 2 biji tomato (1 digunakan untuk tumis, dan 1 lagi untuk masukkan kemudian)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ke 5 ulas bawang putih
  • 1 biji besar kentang (siap dipotong kecil-kecil)
  • Bendi
  • Cili padi
  • 3 sekawan

Bahan tumisan rempah:
  • Pes bawang putih dan halia (siap dikisar)
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari daging (atau ayam) yang dicampurkan sikit serbuk kunyit

Cara masak kari ikan sedap:

▶️ Mula-mula gorengkan ikan seprauh garing.

▶️ Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan 3 sekawan dengan bawang besar, bawang putih, tomato 1 biji dan cili padi.

▶️ Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia dan tumis sehingga bawang layu.

▶️ Masukkan pula serbuk cili. Gaul sebati dan tunggu sampai pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan garam sedikit ikut rasa masing-masing.

▶️ Dan masukkan rempah kari daging. Kacau dan biarkan sebati dengan kuah.

▶️ Kemudian masukkan tomato, bendi dan kentang. Masak lagi sampai pecah minyak.

▶️ Ini masakan yang dah pecah minyak dengan kuahnya yang pekat.

▶️ Akhir sekali masukkan ikan yang dah digoreng tadi.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Ikan Sembilang Sedap Penuh Dengan Aroma Rempah. Confirm Makan Bertambah-Tambah!

 

▶️ Dan tuangkan sedikit air. Kacau kuah kari, dan tutup periuknya sehingga mendidih.

▶️ Dah siap!

Sedapnya kalau dapat buat kuah kari yang pekat macam ni. Sedap makan bila digaul dengan nasi. Hidangkan kari ikan ni sahaja dah cukup sebab dah lengkap dengan sayuran kentang dan bendi.

Bila goreng ikan dulu sebenarnya sedapnya lebih berganda. Sebab ikannya garing-garing dimakan dengan kuah kari yang pekat dan cukup berasa. Tak percaya anda boleh cuba. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.