pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kari Ikan Sembilang Sedap Penuh Dengan Aroma Rempah. Confirm Makan Bertambah-Tambah!

0 8,126

Ikan sembilang ni antara ikan favorite, tapi jarang-jarang dengar orang buat sembilang masak kari. Selalu masak sambal berlada atau masak lemak cili api. Kalau ada ikan sembilang fresh kat rumah tu apa kata jom buat resepi kari ikan sembilang yang super marvelous ni.

Kalau sebut kari ikan je, terus teringat kari ikan mamak yang tak bersantan. Tapi ini versi kari melayu yang masukkan santan, namun masih ada rasa dan aroma rempahnya yang padu. Makan dengan nasi putih sedap, malah kalau nak cicah dengan roti kosong, roti canai dan sebagainya pun layan juga.

Masak kari ni kadang-kadang lain tempat atau orang, lain cara masakannya. Tak kira apa cara masak, kalau kena pada selera, masih boleh dipanggil resepi kari ikan.

Kalau ikut resepi kari ikan sembilang oleh Iza Abu Bakar ni, resepinya masih mengekalkan bahan asas kari ikan yang ‘kick’ iaitu rempah kari, halba campuran dan juga jintan.

Tapi yang menarik perhatian, masakan ni turut juga masukkan bunga kantan dan daun kesum. Selalunya dengar daun kesum dan bunga kantan ni buat masak asam pedas. Apa pula rasanya bila dimasak kari. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI KARI IKAN SEMBILANG

Kalau dapat buat masakan kari ikan sembilang yang masih fresh, rasanya pasti lebih sedap dengan rasa isi ikan yang manis. Memang kombinasi terbaik dimasak kari yang punyai aroma yang padu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Bawang merah 2 ulas (dihiris)
  • Daun kari 3 helai
  • Halba campuran 1 sudu kecil
  • Minyak masak secukupnya

 

Bahan kisar:
  • Cili merah 1 biji
  • Tomato 1 biji
  • Bawang besar 1 labu
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Biji ketumbar 1 susu kecil

*Kisar halus kesemua bahan

Bahan-bahan lain:
  • Ikan sembilang yang dah siap dicuci dan ditoskan
  • Serbuk rempah kari ikan 2 paket kecil (pemilik resepi gunakan Cap O)
  • Keledek oren secukupnya (yang dipotong bulat-bulat)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Pati santan 1 cawan
  • Asam jawa 1 sudu
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara masak kari ikan sembilang:

▶️ Mula-mula pasankan minyak sedikit di dalam periuk, kemudian masukkan kesemua bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan pula bahan kisar dan kacau sekata. Biarkan sekejap.

▶️ Seterusnya masukkan serbuk rempah kari ikan dan kacaunya sebati. Tumis sehingga terbit minyak.

▶️ Dah pecah minyak tu, masukkan sedikit air. Dan masukkan juga air asam jawa serta ubi keledek oren. Kacau sebati dan biarkan mendidih.

▶️ Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan. Seterusnya masukkan ikan.

▶️ Biarkan seketika, lepas tu masukkan pati santan. Kacau sehingga sebati.

▶️ Selepas je ikan hampir masak, masukkan garam secukup rasa. Biarkan seketika.

▶️ Bila dah betul-betul mendidih, padamkan api.

▶️ Dah siap, boleh dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bawal Stim Chinese Style Sedap Ya Amat. Resepi Ringkas Je!

 

Hidangkan dengan nasi putih panas-panas, confirm berselera dapat hirup kuahnya bersama dengan nasi. Resepi kari ikan sembilang ni pasti tak akan menyesal kalau anda mencubanya.

Resepi ni kalau ada pedas-pedasnya sikit mesti lagi sedap dan menyelerakan. Tapi sebenarnya dengan bahan-bahan rempahnya tu pun dah memberi rasa bahang dan aroma yang lebih menyelerakan berbanding rasa pedas. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.