Masakan kari ni sebenarnya biasa-biasa je orang fikirkan. Ada aroma kari dan rasa masam manis kuah tu rasa dah cukup menyelerakan. Tapi sebenarnya ada lagi hidangan kari yang lebih berperisa, sedap, wangi sampai bau kari melekat di tangan. Yang ini kalau makan buatkan susah kita nak berhenti.
Resepi kari ikan sedap dan lebih terangkat yang dikongsikan oleh Nanie ni wajib anda cuba. Makan dengan nasi putih, nasi dagang, pulut dan sebagainya, semuanya sesuai dimakan dengan kari ikan ni.
Bahan tumisan, rempah dan serbuk kari ditumis dulu sehingga betul-betul naik aromanya yang buatkan rasa kuah kari ni padu. Kalau anda yang suka makan kari mamak, resepi ini berbeza sebenarnya berbanding kari mamak sebab masih menggunakan santan.
Tapi dari segi keenakan kuah yang pekat, kari ikan ni mesti anda gemari juga. Bak kata orang macam kari pekat versi melayu. Kalau makan dengan nasi putih, dan hidangkan sekali dengan sambal belacan lagi tambah menyelerakan.
Kari ikan ni nak masak dengan apa-apa jenis ikan pun boleh. Contohnya ikan aya (tongkol), ikan selayang, ikan kembung dan macam-macam lagi. Ikut selera anda.
RESEPI KARI IKAN SEDAP TERANGKAT
Untuk serbuk kari ikan yang digunakan, resepi ni menggunakan kari ikan Adabi. Kalau nak ikut tekak melayu, sebenarnya Adabi ni lebih sedap baunya.
Namun terpulang juga pada anda kalau nak gunakan brand lain. Cuma rasa karinya mungkin berbeza mengikut rempah kari yang digunakan.
Bahan-bahan yang digunakan:
Bahan kisar:
- Bawang merah 4 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Halia
- Cili kecil beberapa biji
Bahan lain:
- 1 paket rempah kari
- Cili boh 2 sudu besar (nak lebih pun tak apa)
- Santan
- Garam
- Gula
- Ajinomoto
- Air asam jawa
- Serbuk kunyit 1 sudu teh
- Ikan (apa-apa jenis ikan)
Bahan sampingan:
- Bawang merah 1 biji dimayang
- Bawang putih 1 ulas dimayang
- Halia 1 inci dimayang
- Daun kari
- ½ sudu kecil halba
Cara masak kari ikan sedap terangkat:
▶️ Panaskan minyak dalam kuali.
▶️ Kemudian masukkan bahan sampingan dan tumis sampai naik bau wangi.
▶️ Lepas tu masukkan cili boh dan tumis garing.
▶️ Campurkan bahan kisar dengan serbuk kunyit dan gaul sebati.
▶️ Lepas tu masukkan dalam kuali dan tumis lagi sehingga garing dan pecah minyak.
▶️ Masukkan rempah kari dan gaul sebati.
▶️ Kemudian masukkan air asam jawa, santan, gula, garam, ajinomoto dan sos tomato.
▶️ Kacau sebati dan masak sehingga kuah mendidih.
▶️ Seterusnya masukkan ikan dan mangga muda sebagai bahan tambahan.
▶️ Biarkan sehingga masak dan rasa ikan dan mangga tu sebati dalam kuah.
▶️ Boleh rasa dulu, yang mana kurang boleh adjust dengan bahan perisa.
▶️ Dah masak sepenuhnya boleh padamkan api.
▶️ Hidangkan dengan nasi putih, ulaman, sayur dan sambal belacan.
BACA JUGA: Kari Ayam Mamak Ala Kandar Pekat Beraroma. Ada Rahsia Bahan Untuk Rasa Lebih Padu!
Fuhh, sedap dan menyelerakan bila gaul kuah kari dalam nasi. Lagi-lagi kalau makan nasi putih panas. Kalau anda nak masak kari ikan untuk nasi dagang, boleh juga guna resepi ni. Cuma boleh gantikan dengan serbuk kari gulai dan masak dengan ikan ayo.
Untuk kuah kari yang sedap, kuahnya mesti ada rasa masam dan manis. Dan kalau nak rasa keenakannya, rasa masam dan manis tu perlulah seimbang.
Lepas ni kalau anda nak masak kari, cubalah resepi kari ikan ni. Pasti anda tak cari resepi lain lagi dah. Jangan lupa mencubanya.