Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Wtfqwj.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Wtfqwj.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Murtabak Daging Kulit Popia Mudah Dan Sedap, Dengan Inti Yang Padat.

0 1,444

Sekarang ni kalau nak buat murtabak, gunakan kulit popia je mudah. Walaupun tak setanding dengan murtabak original, tapi rasanya boleh tahan sedap sebab kulit lebih rangup. Sesuai sangat nak makan-makan santai di rumah. Kali ni saya nak kongsi cara buat murtabak daging kulit popia yang mudah dan sedap.

Kalau murtabak original agak lama sikit nak buat sebab perlu uli tepung. Tebar doh macam roti canai. Bagi yang tak biasa buat memang lagi susah sebab kena buat doh yang lembut dan menjadi. Kalau tak betul adunan, isi muratabak nanti boleh terburai atau keras kulitnya.

Kalau nak buat yang sepantas kilat siap, buat je murtabak kulit popia ni. Masak inti, lepas tu balutkan dengan kulit popia. Rasa kulit memang berbeza sikit dengan tepung. Tapi nak buat makan-makan simple untuk anak-anak bolehlah buat muratabak ni.

Lagi pun lebih berbaloi dari beli. Bila buat sendiri murtabak daging ni puas hati dapat buat inti padat-padat dan banyak isi dagingnya. Kalau beli pula selalu dapat murtabak bawang je.

Bila kulit popia pun rangup dan tebal, jadi boleh sangatlah nak masukkan inti banyak. Nikmat sangat untuk setiap gigitan. Jom cuba resepi dari perkongsian Murni Rahmat ni.

 

RESEPI MURTABAK DAGING KULIT POPIA

Resepi beliau agak menarik untuk dicuba. Intinya nampak sedap sebab kering dan pekat ramuan kari dagingnya. Lagi pun bahan-bahan mudah dan ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan inti:
  • 2 biji kentang besar
  • 3 keping daging burger dipotong dadu (nak pakai daging kisar pun boleh)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
Bahan lain:
  • Kulit popia
  • Bawang holland/besar didadu
  • Daun bawang dan daun sup diracik kecil
  • Telur
Cara buat murtabak daging kulit popia:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Lepas tu masukkan bawang dan tumis sampai naik bau.

▶️ Masukkan serbuk kari dan kacau sebati. Biarkan sampai pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan kentang dan masakkannya sehingga empuk.

▶️ Selepas kentang dah empuk, masukkan daging dan biarkan masak.

▶️ Perasakan dengan garam, dan padamkan api.

▶️ Biarkan sejuk sekejap.

▶️ Sediakan kulit popia.

▶️ Kemudian satukan bahan yang telah dimasak tadi dengan daun bawang, daun sup, bawang holland dan telur. Kacau rata.

▶️ Selepas tu, letakkan inti ni atas kulit popia dan balut elok-elok.

▶️ Pastikan jangan sampai inti keluar.

▶️ Boleh terus goreng dalam kuali panas sebab kalau lama sangat dibiarkan kulit popia boleh bocor dan tak boleh diangkat.

▶️ Cara balutan tu buat lipat petak-petak macam ni.

▶️ Gamkan kulitnya menggunakan air.

▶️ Goreng dengan menggunakan butter berbanding minyak lebih sedap dan wangi.

▶️ Sewaktu goreng, nampak kulit popia akan mengembang dan inti nampak menggemuk.

▶️ Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Murtabak Daging Sedap Ala Baazar. Dengan Kulit Yang Garing Dengan Isi Yang Padat!

 

Kalau ada kuah kari, memang mantap makan dengan murtabak kulit popia ni. Tapi kalau makan macam tu je pun sedap juga sebenarnya.

Murtabak kulit popia ni bila makan memang krup krap krup krap dan terasa rangupnya. Kadang-kadang ada yang suka murtabak kulit popia berbading murtabak biasa sebab kerangupan kulit inilah.

Kat rumah tu kalau anda pening-pening nak buat makan santai apa untuk anak-anak, bolehlah buat murtabak daging kulit popia ni. Buat inti padat sikit baru puas untuk menikmatinya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.