Udang ni bukannya sedap dimasak sambal dan lemak cili api je tau. Kalau buat masak kari pun sedap. Rasa air udang yang manis-manis tu buatkan masak lauk apa sahaja pun enak. Tambahan lagi pula buat resepi kari udang ala India yang sedap dengan aroma rempahnya.
Alang-alang nak cuba udang masak kari tu, apa kata buat kari udang ala India je terus kan. Confirm lagi padu rasa dia. Resepi ni dikongsikan oleh Puan Anjali Ragu. Kalau ada perkongsian resepi dari kaum India sendiri, memang rasa rugi tak cuba!
Sesekali nak tukar selera tekak Melayu ni apa salahnya. Kari style India ni kita tau tak ada santan atau pun kurang santan, dan ada pelbagai rempah yang dimasukkan. Sebab tu karinya lebih pekat dan wangi.
Tapi yang lebih menariknya resepi ni, bukan sahaja santan yang dimasukkan ke dalam masakan, kelapa parut yang dikisar hancur dimasukkan sekali ke dalamnya. Tapi dimasukkan sedikit je.
Dah boleh gambarkan rasa lemak dan kepekatan kuahnya macam mana. Jom kita lihat resepinya.
RESEPI KARI UDANG ALA INDIA
Bahan-bahan asasnya simple je. Memang bahan yang biasa ada di dapur. Cuma bahan rempah dan herba tu ada pelbagai dan mungkin jarang orang Melayu gunakan kesemuanya dalam masakan.
Bahan-bahan yang perlu ada:
Bahan kisar:
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 5-6 ulas
- Halia saiz kecil
- Cili padi sedikit
- Biji sawi 1 sudu
- Jintan putih 1 sudu
- Jintan manis 2 sudu
- Alba ½ sudu
- Biji ketumbar 4 ½ sudu
- Kelapa parut ½ biji atau pun 2 genggam
- Cili kering 4 atau 5 tangkai
- Serbuk kunyit 1 sudu
Bahan lain:
- Tomato 1 biji besar dibelah kecil-kecil
- Daun kari
- Air asam jawa (agak-agak sukatan sendiri)
- Serbuk cili sikit (optional)
- Garam secukup rasa
- Udang
Cara masak kari udang ala India:
▶️ Mula-mula blend hancur dulu kesemua bahan kisar. Kemudian ketepikan.
▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Dan masukkan sikit biji sawi.
▶️ Masukkan pula tomato dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Dan pastikan tomato ditumis hancur.
▶️ Seterusnya masukkan bahan yang kita dah kisar tadi.
▶️ Teruskan menumis sampai naik minyak (paling kurang 10 minit).
▶️ Bancuh siap-siap air asam jawa.
▶️ Kemudian masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Gaul sebati.
▶️ Kalau nak cantik sikit warna, boleh masukkan sikit serbuk cili. Yang ini terpulang masing-masing.
▶️ Udang yang dah siap dikopek dan dicuci.
▶️ Masukkan ke dalam kuali.
▶️ Selepas tu masukkan sikit air bagi reneh, dan masak udang.
▶️ Kemudian perasakan dengan garam.
▶️ Akhir sekali masukkan sikit daun kari, dan biarkan mendidih lagi sikit.
▶️ Dah siap boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Labu Masak Lemak Campur Udang. Masakan Kampung Yang Serius Sedap!
Nyummy.. Sedap dan menyelerakan. Resepi ni bukan hanya boleh dimasak udang je, kalau anda nak gantikan ikan atau seafood lain seprti ketam dan sotong pun boleh juga.
Kuahnya yang pekat tu menaikkan lagi selera. Kalau makan dengan nasi dah tentu sedap. Nak buat cicah roti, roti canai atau cekodok tepung pun confirm layan!
Lepas ni bolehlah try resepi kari udang ala India ni pula untuk hidangan keluarga. Selamat mencuba!