pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Labu Masak Lemak Campur Udang. Masakan Kampung Yang Serius Sedap!

0 6,621

Dalam banyak-banyak lauk, masakan kampung ni memang jadi makanan favorite, tak kira kat mana kita tinggal. Salah satunya resepi labu masak lemak ni. Kalau jumpa buah labu depan mata, terus terfikir sama ada nak buat pengat/bubur atau masak lemak. Tak mampu nak menolak.

Ini kerana buah labu ni sedap, dan isinya lembut dan berlemak bila dimasak. Kalau dibuat pula masak lemak kuning campur udang, boleh makan sampai bertambah. Sebab tu lah labu masak lemak ni selalu orang buat lauk masakan kenduri. Sebab disukai ramai.

Masak lemak labu ni sebenarnya mudah je resepinya. Sama je macam masakan lemak cili padi biasa. Proses masak tak lama pun sebab rebus-rebus gitu je. Dan bahan-bahan pun yang asas ada di dapur.

Tambah lagi kalau dicampurkan dengan udang. Udang ni paling cepat masak bila masuk je dalam kuali. Pendek kata, tak perlu duduk lama di dapur kalau masak masakan kampung ni.

Kalau anda tak pernah masak sendiri masakan lemak labu ni, jom buat resepi labu masak lemak campur udang yang dikongsikan oleh Maryam Hussain ni. Pasti suami dan anak-anak suka.

 

RESEPI LABU MASAK LEMAK CAMPUR UDANG

Resepi ni ada kelainan sikit berbanding masak lemak biasa. Sebab hanya masukkan cili merah, dan bukannya cili padi yang biasa digunakan dalam masak lemak. Cili merah tu pula tak dikisar. Untuk bagi rasa pedas, dimasukkan lada hitam.

Namun, terpulang pada citarasa anda. Kalau sukakan masak lemak pedas, boleh masukkan cili padi di awal masakan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Labu ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang kecil 2 biji
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Serai 1 batang
  • Udang 5 ekor (atau nak masak dengan ikan bilis pun boleh juga)
  • Cili besar 2 biji
  • Santan segar 1 kotak
  • Garam secukup rasa
  • Sikit serbuk lada hitam

Cara masak gulai labu masak lemak campur udang:

▶️ Mula-mula tumbuk bawang putih, bawang kecil dan kunyit hidup. Ketepikan.

▶️ Kemudian dalam kuali, masukkan sikit air dan rebus labu bersama udang.

▶️ Bila labu dan separuh masak, masukkan pula serai yang dah diketuk bersama dengan bahan kita dah tumbuk tadi. Kemudian kacau sekata.

▶️ Selepas dah agak sebati, masukkan santan segar dalam separuh mangkuk. Tengok jugak kepekatannya. Ikut selera anda.

▶️ Seterusnya masukkan sikit serbuk lada hitam dan cili besar. Kacau sekata dan biarkan kuah sebati.

 

BACA JUGA: Resepi Udang Goreng Butter Mudah Dan Sedap. Comfirm Makan Sampai Licin!

 

▶️ Rasa dulu. Kalau kurang, perasakan dengan sikit garam.

▶️ Dah masak dan mendidih tu, boleh padamkan api.

Mudah je kan resepi ni. Makanan simple tapi menyelerakan. Nak lagi sedap, masa hidangkan tu pekena kan sekali dengan sambal belacan, ulaman, budu dan ikan goreng. Memang kombinasi terbaik untuk menaikkan lagi selera.

Lepas ni bolehlah masak masakan kampung follow resepi labu masak lemak macam ni di rumah untuk hidangan keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.