Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kerabu Kerang Thai. Tips Untuk Kerang Segar Dan Tak Kecut Lepas Direbus.

0 478

Makanan Thai ni mesti ramai yang suka kan? Sebab biasanya masakan Thai lengkap dengan rasa masam, masin, manis dan pedas. Nak-nak masakan stim dan kerabu. Resepi kerabu kerang Thai ni kalau dapat makan, mesti laju je tak pandang kiri kanan.

Kerang ni antara makanan laut yang sedap. Buat kerang rebus dan cicah dengan sos Thai pun dah menyelerakan. Apatah lagi buat masakan kerabu. Lebih menarik kalau buat kerabu berkuah seperti resepi yang dikongsikan oleh Fia Sofea ni.

Bila buat masakan Thai ni mesti wajib ada sos ikan. Automatik kuah akan naik rasanya. Tak lupa juga limau nipis dan gula kabung. Itu yang buatkan kuahnya cukup rasa masam, masin dan manis. Nak buat pedas tahap mana terpulang pada anda ikut kuantiti cili padi yang dimasukkan.

Kalau buat kerabu kerang ni, apa yang penting ialah kerang tu sendiri. Gunakan kerang yang besar-besar dan segar baru sedap nak ratah atau makan dengan nasi.

Tips nak pastikan kerang segar dan tak kecut ialah letakkan ais dan air sejuk dari peti ais lepas kerang direbus. Baru sedap untuk dinikmati.

 

RESEPI KERABU KERANG THAI

Nak buat masakan kerabu ni ikut juga tekak anda sendiri. Nak rasa masam, pedas, manis dan masin boleh adjust kuantiti bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo kerang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 biji limau nipis
  • 3 biji tomato dipotong
  • 1 batang lobak merah (dimayang/potong halus memanjang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 5 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk perasa

Cara buat kerabu kerang Thai:

▶️ Mula-mula cuci bersih kerang dan rebus dengan 1 sudu kecil garam.

▶️ Lepas dah rebus kerang sehingga masak, buang air rebusan. Kemudian segera letakkan ais dan air sejuk dari peti ais.

▶️ Kerang nanti tak kecut dan kekal segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah yang ada isi tu je.

▶️ Sediakan 1 mangkuk sesuai, satukan air asam jawa, cili padi yang ditumbuk, tomato, sos ikan, air gula kabung dan serbuk perasa.

▶️ Curahkan dalam mangkuk kerang dan gaul sehingga mesra.

▶️ Akhir sekali masukkan perahan limau nipis, masukkan juga kulit limau, bawang merah yang dihiris, lobak merah dimayang dan daun ketumbar untuk bau lebih wangi. Gaulkan sebati.

 

BACA JUGA: Resepi Tomyam Campur Ala Kedai Makan Thai. Cukup Rasa Pedas, Masam Manis. Mesti Cepat Licin!

 

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidang.

Makan ratah macam tu je memang nikmat. Cicah kuah kerabunya tu sekali cukup menyelerakan. Masakan kerabu ni sesuai kalau anda nak makan simple-simple atau berdiet.

Bila buat sendiri ni untung sebab boleh adjust nak rasa macam mana. Nak pedas lebih atau tak. Atau nak masam lebih atau sikit, semua ikut selera sendiri.

Lagi pun lebih jimat dari makan di kedai. Resepi kerabu kerang Thai ni boleh jadi salah satu menu makanan laut Thai yang wajib anda cuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.