Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Snek Spaghetti Rangup! Lagi Sedap Bila Ada Perisa Cheese Dan Black Pepper.

0 808

Tak sangka spaghetti yang biasa kita makan tu boleh dibuat snek spaghetti yang rangup krup krap. Sedap pula tu. Buat sebalang dua mesti anak-anak laju je makan sampai licin. Rasanya sedap dengan bau aroma daun kari. Dan yang penting boleh buat perisa black pepper atau cheese ikut selera anda.

Kalau anda nak tahu, resepi snek spaghetti yang menarik dikongsikan oleh Nana Ereena ni sedap dan berperisa sebab beliau gunakan tepung Bestari untuk goreng. Itu yang buatkan bertambah sedap sebab tepung bestari ni anda rasanya yang tersendiri.

Selalu tepung bestari dibuat makanan bergoreng salut tepung macam ayam goreng tu. Kali ni buat salutan snek yang rangup pula.

Kalau anda bosan-bosan duduk rumah tu tak tau nak buat makanan snek apa, boleh buat snek spaghetti ni. Rangupnya tu macam snek/biskut muruku.

Bolehlah jadi kudapan santai-santai anak kat rumah. Snek untuk mengunyah masa menonton tv. Simpan dalam balang kedap udara untuk kekal rangup dan tahan lama.

 

RESEPI SNEK SPAGHETTI RANGUP PERISA CHEESE DAN BLACK PEPPER

Nak buat perisa apa sebenarnya terpulang pada anda. Perisa ni boleh digaulkan masa spaghetti dah siap digoreng dan ditoskan. Kalau nak makan macam tu je tanpa perisa pun boleh. Sedap juga rasanya dengan aroma tepung Bestari dan daun kari. Ikut selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Spaghetti
  • Tepung bestari pedas
  • Daun kari
  • Black pepper/serbuk cheese
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat snek spaghetti rangup:

▶️ Rebus spaghetti seperti biasa. Masukkan sedikit minyak dalam air rebusan.

▶️ Rebus sampai lembut dan kembang macam biasa rebus spaghetti tu. Jangan rebus sekejap je.

▶️ Kalau suka makan yang pendek-pendek, boleh patahkan beberapa bahagian sebelum rebus tu. Kalau tak nak pun tak apa.

▶️ Lepas dah lembut, angkat dan toskan.

▶️ Kemudian gaul dengan tepung bestari. Atau kalau anda ada jenama tepung serbaguna lain yang anda suka pun boleh gunakan juga.

▶️ Tak perlu masukkan garam lagi sebab tepung bestari dah rasa masin.

▶️ Lepas dah gaulkan, panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

▶️ Masukkan spaghetti tadi sedikit demi sedikit untuk pastikan ia tak melekat antara satu sama lain.

▶️ Goreng sehingga kekuningan.

▶️ Masa goreng, masukkan daun kari untuk aroma yang wangi semerbak. Kalau tak nak pun tak apa.

▶️ Pastikan goreng dengan api yang sederhana untuk elakkan hangus.

▶️ Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Gaulkan dengan perisa anda suka seperti serbuk black pepper atau serbuk cheese.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Siput Moden Tak Perlu Uli Tepung. Ikut Tips Ni Sebiji-Sebiji Pasti Jadi.

 

▶️ Masukkan dalam bekas kedap udara.

Makan snek rangup krup krap macam ni memang sedap. Lagi-lagi ada perisa yang diminati. Confirm tanpa sedar, sekelip mata je licin.

Kalau anda peminat makanan yang rangup-rangup dan pedas wangi macam meruku tu, rasa snek spaghetti ni lebih kurang macam tu lah.

Cuma mungkin cara buat snek spaghetti rangup ni lebih mudah dari muruku. Bolehlah nanti anda mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.