Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kerang Rebus Sos Thai Bikin Terliur. Cukup Rasa Masam, Manis Dan Pedas!

0 3,024

Biasanya kalau order kerang rebus kat kedai, kita sering dihidangkan dengan sos pencicah Thai biasa tu. Itu pun dah cukup sedap kan. Apatah lagi kalau buat sendiri sos Thai yang lagi padu dan menangkap rasanya. Resepi sos thai yang dikongsikan oleh Liza Idris diubah suai mengikut citarasa.

Ada rasa masam, manis, masin, pedas dan wangi yang membangkitkan lagi selera. Biasalah, kalau makan kerang atau lain-lain seafood ni kena ada kuah atau sos yang padu, barulah kena dengan tekak dan tak cepat muak.

Nak buat sos Thai sendiri ni mudah je. Bahan yang digunakan sangat ringkas dan biasa digunakan di dapur. Dan yang pasti syaratnya kena ada sos ikan kalau nak buat masakan berkaitan dengan resepi Thai. Tak ada sos ikan, kurang umphh rasanya nanti.

Kalau nak hidangan yang lebih menarik, kerang rebus tu pilihlah yang segar dan besar-besar barulah sedap dimakan dengan sos Thai ni.

Sosnya tu terpulang pada anda sama ada nak yang lebih berkuah, atau nak yang kering-kering je. Boleh adjust ikut citarasa sendiri.

 

KERANG REBUS SOS THAI

Kalau anak-anak suka makan kerang rebus sos Thai ni, mungkin anda boleh kurangkan cili untuk rasa kurang pedas. Rasanya masih sedap dan padu walaupun masukkan kurang cili.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kerang 1 kilo
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili merah 1 biji
  • Cili api 3 biji (ni yang sikit untuk hidangan anak-anak. Boleh masukkan lebih kalau nak pedas)
  • Tomato 1 biji dipotong dadu
  • Sedikit daun ketumbar dihiris halus
  • Daun limau purut

Bahan untuk sos:
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Oren sunquick 2 sudu besar
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Air ½ cawan

Cara masak kerang rebus dan sos Thai:

▶️ Cuci bersih kerang, kemudian rebus sekejap.

▶️ Lepas rebus, angkat kerang dan curahkan air sejuk agar isi kerang tak kecut.

▶️ Kemudian kopek kulit kerang dan buang sebelahnya. Tinggalkan kerang terdedah macam dalam gambar. Ketepikan.

▶️ Untuk sediakan sos, mula-mula tumbuk kasar bawang putih dan cili padi.

▶️ Panaskan kuali dan masukkan air ½ cawan tadi. Kalau nak lebih kuah, boleh masukkan lebih air.

▶️ Dalam air mendidih tu, masukkan sos tiram, sos Thai dan juga oren sunquick. Kacau sehingga sebati dan biarkan kuah jadi sedikit pekat.

▶️ Lepas kuah dah pekat likat, masukkan bahan yang ditumbuk kasar tadi. Kacau sekata.

▶️ Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

▶️ Tapi sebelum tu rasa dulu kuah sebab sos tadi sebenarnya dah ada rasa masam masin. Boleh adjust mana yang terlebih terkurang.

▶️ Selepas kuah dah semakin pekat, masukkan tomato yang dipotong dadu dan juga daun ketumbar yang dihiris halus.

▶️ Kacau sekata dan boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Sos Thai Terlajak Sedap. Rasa Pedas-Pedas Masam Macam Kedai Thai.

 

▶️ Bolehlah curahkan atas kerang rebus tadi.

▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi putih atau ratah macam tu je!

Memang sedap dan padu! Kalau tengok je memang bikin terliur. Sos Thai ni bukan je sedap makan dengan kerang rebus, malah kalau nak cicah dengan sotong, lala, udang, dan ikan sekali pun memang menyelerakan.

Kalau lagi pedas sosnya lagi sedap. Namun ikut juga dengan ragam perut anda. Kalau tak boleh makan pedas sangat, boleh adjust cili padi. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.