Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Goreng Basah, Campur Seafood Lagi Sedap Terangkat. Mudah Je Bahannya!

0 1,315

Dah lama dah kempunan mee goreng basah yang ada seafood ni. Mesti rasanya lagi sedap bila kuah sebati dengan air udang dan sotong. Bila terjumpa resepi mee goreng basah seafood dari Hana A Razak ni, terus rasa nak cuba.

Mana tidaknya, terliur tengok hidangan mee goreng basah yang tak berapa nak berair sangat ni. Basah-basah lembab je bak kata orang. Resepi ni nampak menarik sebab salah satu bahan yang dimasukkan ialah stok daging. Pasti rasanya lebih padu dan membangkitkan selera.

Kalau goreng mee ni lagi sedap kalau ada banyak sayuran sebagai bahan tambahannya. Boleh letak sayuran apa yang digemari.

Kalau makan panas-panas waktu baru lepas digoreng memang sedap sangat. Buat untuk hidangan minum petang betul-betul nikmat rasanya, dan hidangkan sekali dengan teh o panas.

Tapi seeolaknya makan waktu lepas digoreng. Kalau lambat sangat makan mee nanti boleh kembang dan kadang-kadang tak kena dengan tekak pula.

 

RESEPI MEE GORENG BASAH SEAFOOD

Resepi ni kuahnya dimasak basah-basah lembab. Kalau anda nak lebih berkuah lagi, boleh masukkan air yang lebih masa didihkan kuah nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Mee kuning 2 paket
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 2 biji
  • Cili kisar 3 sudu
  • Stok daging 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Sotong
  • Udang
  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam secukupnya
  • Cili hidup merah
  • Limau nipis

Cara buat mee goreng basah:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris, dan tumis sehingga garing dan naik bau. Bawang ni terpulang sama ada nak hiris atau nak kisar hancur.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar. Yang ini terpulang nak masukkan berapa banyak. Standardnya masukkan 3 sudu. Kalau nak extra pedas boleh masukkan lebih.

▶️ Teruskan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.

▶️ Lepas tu masukkan stok daging. Stok daging ni kalau tak masukkan pun tak apa sebenarnya.

▶️ Kemudian masukkan kicap manis sikit dan kacau sebati.

▶️ Bila kuah dah mendidih, masukkan sotong dan udang. Kalau anda tak makan seafood, boleh gantikan dengan ayam atau daging.

▶️ Bila kuah dah seakan-akan kering sikit, boleh tambahkan air lagi. Kalau kering sangat nanti tak jadi mee basah pula.

▶️ Waktu ni boleh masukkan sayuran yang keras seperti batang sayur atau lobak merah kalau ada masukkan.

▶️ Lepas tu kacau sehingga sekata kesemua bahan.

▶️ Kemudian ketepikan sikit bahan ni untuk bagi ruang masukkan telur.

▶️ Pecahkan 2 biji telur, dan kacau kaup kaup je supaya telur tak berapa hancur.

▶️ Perasakan dengan sedikit garam.

▶️ Lepas tu masukkan mee kuning. Jangan lupa basuh dulu mee untuk kurangkan bau kapur.

▶️ Nak cantikkan sikit warnanya, masukkan kicap pekat.

▶️ Kemudian perahkan 2 biji limau nipis untuk bagi rasa masam-masam sikit dan hilangkan bau kapur.

▶️ Akhir sekali masukkan la sayuran yang berbaki contohnya sawi, tauhu dan taugeh.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Kari Seafood Sedap Dan Kuah Pekat Dan Lemak Manis. Hirup Sampai Licin.

 

▶️ Hiaskan dengan cili hidup merah sekali.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

Mudah je nak buat mee goreng basah ni sebenarnya. Campak-campak je bahannnya. Nak buat untuk sarapan dan minum petang memang sesuai sangat dan kena dengan selera.

Kalau ada cili jeruk lagi bertambah sedap. Boleh bagi penambah rasa pedas-pedas masam. Pada anda yang nak buat mee goreng tu, jangan lupa cuba resepi ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.