Segalanya Tentang Makan..

Resepi Pajeri Terung Sedap, Kuah Pekat Dan Cukup Berasa. Padu Bila Gaul Dengan Nasi.

0 1,215

Dulu kalau kat kenduri kahwin selalu dihidangkan dengan pajeri nenas. Lauk tu memang cukup menyelerakan bila makan dengan nasi perisa apa pun. Tapi resepi pajeri terung ni pun tak kurang juga hebatnya, sedap lagi-lagi masak kuah pekat can cukup berasa.

Hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng, fuhh itu dah cukup memadai. Mau makan tak toleh kiri kanan. Keenakan masakan ni bukan je pada terung tu, tapi kuahnya juga. Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila gaul banyak dalam nasi lagi bertambah berselera.

Resepi pajeri terung yang dikongsikan oleh Cempaka Iris Yaya ni mudah je nak buat. Bahan-bahannya ringkas. Cukup dengan rasa lemaknya. Cuma resepi ni tak pedas. Kalau nak pedas mungkin boleh masukkan sikit cili kisar ikut selera anda.

Terung tu tak perlu bakar sikit atau goreng dulu. Masukkan je terus dalam kuah dan biarkan masak sehingga lembut.

Sambil reneh tu kuah pun jadi pekat dan pecah minyak. Itu yang buatkan sedap bila kuah meresap ke dalam terung. Jom lihat cara memasaknya.

 

RESEPI PAJERI TERUNG SEDAP

Resepi ni sesuai untuk terung panjang 4-5 biji saiz besar dan sederhana. Nanti jangan lupa belah 2 terung jangan sampai putus. Kalau anda nak masak lebih atau kurang, boleh adjust bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4-5 biji terung
  • 2 paket kecil rempah kari daging (faiza)
  • 1 mangkuk kecil santan (atau 1 plastik kecil yang dijual tu)
  • 1 paket kecil kerisik
  • 2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 3 sudu besar gula atau secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika perlu)
Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Halia 1 ibu jari
  • Segenggam udang kering

Cara masak pajeri nenas:

▶️ Belah 2 terung jangan sampai putus. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan terus rempah kari (tak perlu bancuh dengan air). Kacau cepat-cepat sehingga sekata.

▶️ Untuk elakkan hangit, masukkan santan sikit dan kacau sebati.

▶️ Selepas tumis sekejap, baru masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa dan kerisik. Semua ni dimasukkan sekali supaya masak dengan mesra.

▶️ Dan akhir sekali masukkan terung yang dah siap dibelah tadi.

▶️ Masukkanlah sikit air agak-agak paras terung tenggelam.

▶️ Biarkan reneh dan masak sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Gunakan api sederhana je.

 

BACA JUGA: Resepi Pajeri Nenas Bombay. Sedap Macam Hidangan Kenduri Kahwin. Cukup Masam, Manis, Pedas!

 

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Hidangkan dengan nasi panas-panas cukup sedap. Tak perlu menu dasyat-dasyat pun dah cukup menyelerakan. Padahal sayur terung je. Bila dibuat pajeri, terus berselera nak makan.

Kalau ada sambal ikan bilis kering sebenarnya lagi sedap makan dengan pajeri terung ni. Tak perlu lauk lain lagi dah. Tak percaya anda cubalah.

Kuahnya yang pekat dan berlemak tu buatkan lauk ni digemari ramai. Nanti bolehlah cuba resepi pajeri terung sedap ni untuk juadah anda sekeluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.