pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Ketam Sedap Dimasak Dengan Telur Pecah. Padu Habis. Wajib Cuba!

0 2,739

Kalau ada ketam dalam fridge tu, apa kata jom buat sambal ketam nak? Kali ni buat kelainan sikit dengan campurkan telur pecah. Memang sedap dan menyelerakan. Mesti ramai yang belum pernah cuba kan?

Ketam ni, kalau padat dengan isi memang sedap dimasak sambal atau masakan yang berkuah. Bayangkan air ketam tu sebati dalam masakan. Sama juga seperti menu ni. Resepi sambal ketam sedap sebab manis ketam tu akan turun pada sambal dan telur yang akan digaulkan.

Kalau dapat makan dengan nasi panas-panas memang boleh makan sampai bertambah-tambah. Ada juga yang makan isi ketam sambal telur pecah ni dengan roti.

Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ni. Yang membuatkan sedapnya masakan ni sebab ada rasa masam, manis dan pedasnya.

Apa yang menariknya resepi ni juga sebab dimasukkan sos ikan sedikit untuk menaikkan lagi rasa sambal. Bila dimasak kering-kering, lagi padu rasa dia. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI SAMBAL KETAM TELUR PECAH

Untuk resepi ni, kita gunakan 2 kilo ketam saiz besar yang padat dengan isi. Bila masak dengan sambal yang penuh ecak, memang sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ketam 2 kilo dicuci bersih
  • Bawang putih 10 ulas yang dicincang
  • Bawang besar 1 biji yang dipotong dadu
  • Halia 2cm yang dicincang
  • Cili kisar 7-9 sudu besar
  • Daun limau purut 2 helai
  • Serai 1 batang dikatok
  • Tomato 1 biji dipotong dadu
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil (optional)
  • Daun bawang (jika suka)
  • Garam 1 sudu kecil atau secukup rasa
  • Gula 2 sudu besar (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya
  • Air 1 cawan

Cara masak sambal ketam telur pecah:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Lepas tu masukkan serai dulu dan biarkan aromanya naik.

▶️ Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Tumis sampai warna bertukar keperangan kemudian baru masukkan bawang besar dan tumiskan lagi seketika.

▶️ Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis sambal sehingga terbit minyak.

▶️ Lepas dah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, kiub ayam, garam, gula dan tomato. Kacau sehingga sebati dan biarkan masak seketika.

▶️ Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan sos tiram. Gaul sekata.

▶️ Selepas tu masukkan ketam dan secawan air. Gaul sebati dan biarkan ketam masak sempurna dengan kuah sambalnya dengan gunakan api sederhana.

▶️ Kalau kuah dah mengering, biarkan sahaja. Jangan tambah air sebab nanti air ketam akan keluar.

▶️ Lepas dah masak ketam, pecahkan telur ke dalam kuali dan gaul sekata telur bersama sambal.

▶️ Lepas dah masak telur bolehlah padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Kerabu Ikan Bilis Garing Super Sedap. Cukup Rasa Masam, Manis Dan Pedasnya!

 

Wahh, nampak menyelerakan kan. Kalau masak sambal ketam ni memang ada bermacam-macam versi. Tapi tak dinafikan, bila dipecahkan telur dan ecak sambal bergaul dengan telur tu, rasanya lagi luar biasa.

Bila gaul dengan nasi putih panas-panas, fuhh pasti terangkat rasa dia. Pelbagai sos dan bahan perasa yang dimasukkan tu sebenarnya yang menaikkan lagi rasanya tadi. Jangan lupa cuba resepi sambal ketam sedap dan padu ni. Pasti anda menyukainya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.