Anda pernah cuba resepi sambal tahun jawa? Ada juga orang panggil sambal taun, dan jadi salah satu masakan jawa kegilaan ramai. Terkenal dengan rasa pedasnya. Kalau tak pedas tak letops la sambal ni. Merata-rata cili padi dalam kuah. Rasanya memang cukup marvelous.
Sambal tahun ni makin dipanaskan makin sedap. Ianya masakan sambal yang jenis berkuah dan menggunakan santan. Fuhh, rasa lemak dan pedas tu buatkan sedap dan makan nasi sampai bertambah.
Kalau anda bukan jenis biasa makan masakan jawa memang susah nak jumpa masakan ni. Tapi kalau dah cuba rasa sekali, terus jadi makanan favorite.
Resepinya simple je. Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Qaseh Aafiyah ni. Bahan yang ada dalam sambal tahun tak banyak pun.
Penuh dengan cili padi je, cumanya kena fikir dengan makanan apa yang kita nak masak. Ada yang buat dengan kulit lembu, kerang, ikan bilis, hati ayam, pedal dan sebagainya.
RESEPI SAMBAL TAHUN JAWA
Nak masukkan berapa banyak santan terpulang pada anda ikut kepekatan kuah yang anda suka. Tapi syarat masakan ni memang kena pedas. Jadi tak bolehlah kedekut cili padi. Yang tak makan pedas tu, kalau anda kurangkan cili mungkin tak sama rasa dengan resepi asli.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 ulas bawang besar (dimayang)
- 6 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci lengkuas (dimayang)
- 1 kilo cili api
- 2 kilo kerang (rebus dan kopek isinya)
- Ikan bilis (terpulang anda nak masukkan banyak mana)
- Santan
- Garam dan serbuk perasa (jika perlu)
Cara masak sambal tahun jawa:
▶️ Mula-mula buang tangkai cili padi dan rebus dulu.
▶️ Sambil tu rebuskan sekali lengkuas.
▶️ Kemudian panaskan minyak sikit dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan juga lengkuas.
▶️ Dah naik bau, masukkan ikan bilis.
▶️ Lepas tu masukkan cili api yang telah direbus tadi.
▶️ Dah gaulkannya sebati, masukkan santan.
▶️ Ikutlah kepekatan kuah yang anda mahu. Kacau sekata.
▶️ Seterusnya masukkan kerang.
▶️ Dan akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Boleh adjust mana yang lebih dan kurang ikut selera anda.
▶️ Dah siap, padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis Rangup. Masuk Dalam Bekas, Boleh Makan Berulang Kali!
Sambal tahun jawa ni makan dengan nasi panas-panas cukup sedap. Hidangkan dengan ikan goreng atau apa sahaja lauk yang sesuai. Selalunya gandingan yang sedap ialah masakan bergoreng. Barulah sepadan.
Nak lagi nikmat, hari besok tu panaskan lagi sambal ni. Bertambah naik rasanya. Biasanya kalau kuahnya macam kering sikit boleh tambahkan santan. Begitu juga kalau kurang kerang. Ikutlah citarasa anda.
Bagi anda yang memang hantu makan pedas dari dulu, resepi sambal tahun jawa ni sesuai untuk anda cuba. Dan rasai sendiri bahang letops sambal ni. Selamat mencuba!