Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Y9iAXr.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Y9iAXr.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sup Kambing Power. Tak Perlu Banyak Bahan Pun Kuah Dah Cukup Padu.

0 34,258

Masakan sup ni bukan nak kata makanan simple dan anak je suka makan. Tapi kalau kena bahan-bahan dan cara masak, orang dewasa pun berhantu juga. Resepi sup kambing power yang dikongsikan oleh Cahaya Kasih Firdausi ni antara masakan sup yang mudah dan pasti anda suka.

Kambing ni sesetengah orang memang tak makan. Tapi bagi yang gila kambing, selalu kalau ada kambing pun mesti buat gulai, kari, atau bakar. Jarang nak buat sup kan. Bahan-bahan untuk buat sup ni lebih kepada bawang, halia, cili dan rempah yang beri rasa sedap.

Kena ada aroma rempah sup dan juga pedas baru anda akan rasa penangan sup yang power. Kuah sup ni tak plain atau cair yang buatkan kita berselera bila tengok. Apa lagi kalau hirup.

Syaratnya rempah perlu ditumis dulu sampai betul-betul wangi baru masukkan dalam kuah sup kambing. Kemudian reneh sampai sebati sepenuhnya dalam kuah.

Kalau anda nak masak dengan daging lembu pun boleh juga buat cara ni. Hidangkan sekali dengan nasi putih panas barulah terangkat. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI SUP KAMBING POWER

Kalau nak lagi berselera, masa hidang boleh juga anda buat kicap pedas sebagai penambahan untuk menaikkan lagi rasa walaupun sup ni dah pedas. Alang-alang dah buat sup ni kan, bolehlah pelbagaikan rasa.

Bahan-bahan:
  • Kambing dipotong kecil
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia (lagi banyak lagi sedap)
  • Cili padi (ikut kepedasan anda suka)
Bahan-bahan tumis:
  • Bawang putih (dimayang)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Sup bunjut
  • 4 sekawan
  • Rempah sup adabi (boleh ikut berapa pekat sup anda mahu)
Cara masak sup kambing power:

▶️ Mula-mula cuci bersih kambing. Bacalah selawat 3 kali untuk dapatkan masakan yang lazat.

▶️ Kemudian rebuskannya dengan halia untuk hilangkan bau yang kuat.

▶️ Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang dimayang sehingga garing dan keperangan.

▶️ Masukkan 4 sekawan dan juga sup bunjut. Tumis sampai naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan bahan kisar.

▶️ Tumis sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan rempah sup adabi selepas bahan kisar tadi dah pecah minyak. Kacau dan biarkan sebati dan garing sedikit.

▶️ Kemudian masukkan bahan tumis rempah ni ke dalam rebusan kambing.

▶️ Kacau sebati dan biarkan mereneh sampai kuah naik aroma sepenuhnya. Perasakan dengan garam.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Kambing Sedap Padu. Original Dengan Serbuk Kari Homemade! Lain Dari Yang Lain.

 

▶️ Dah siap. Hidangkan dengan nasi panas.

Kalau anda nak tambah hiasan seperti bawang goreng dan hirisan daun sup pun boleh juga. Naik sikit seri sup ni.

Kalau suka, nak tambahkan ubi kentang pun boleh. Ikutlah kalau nak masukkan aksesori lain juga. Masakan sup ni boleh ikut selera sendiri. Yang penting bahan tumisan rempah tadi yang tak boleh tinggal.

Jangan lupa cuba resepi sup kambing power ni. Kalau jumpa daging kambing, asingkanlah sikit untuk buat sup. Rasai kenikmatannya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.