Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sup Tauhu Telur Simple Dan Sedap. 5 Minit Je Siap. Rasa Memang Marvelous.

0 21,302

Bila datang hari malas nak masak, mulalah fikir nak masak lauk cincai je kan. Resepi sup tauhu telur simple ni salah satu menu yang sedap anda boleh buat. Campak-campak dan lebur je dah siap. Tapi rasa dia bukan main marvelous, fresh dan kuah pun menyelerakan.

Nak-nak pula sekarang musim hujan. Sejuk je cuaca. Makan sup panas-panas memang sedap. Anda pernah tak makan tauhu telur ni? Rasa dia lembut kenyal. Kalau buat makanan berkuah macam sup ni serius enak. Anak-anak mesti suka.

Kadang-kadang ada orang buat tauhu telur ni campur dengan sayuran lain dan buat jenis kering atau tak berkuah. Syaratnya tauhu tu kenalah goreng dulu dengan tepung jagung barulah tak hancur dan meletup-letup dalam kuali bila dimasak.

Sama juga kalau buat sup. Tauhu tu perlu digoreng dulu. Lagi pun bila goreng rasa lebih sedap, lembut di dalam dan rangup di luar. Resepi sup tauhu simple dan sedap ni dikongsikan oleh Umi Watie.

Rasa tauhu tu bila lepas goreng diratah macam tu je pun dah sedap, apatah lagi buat sup dengan kuahnya yang sedap berperisa. Jom lihat resepi yang ringkas ni.

 

RESEPI SUP TAUHU TELUR

Kuah supnya kalau nak sedap buat pekat-pekat dengan campurkan bancuhan tepung jagung sikit. Kalau hirup kuahnya serius padu. Itu belum lagi makan dengan tauhu telurnya. Boleh bikin makan nasi bertambah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 pek tauhu telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 pokok brokoli
  • 1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air

Cara masak sup tauhu telur:

▶️ Mula-mula bedakkan tauhu telur yang dah siap dipotong dengan tepung jagung.

▶️ Salutkan tak tebal pun tak apa, janji tepung tu kena pada semua bahagian tauhu.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng.

▶️ Lepas dah garing dan warna kekuningan, boleh angkat dan ketepikan.

▶️ Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan sikit je.

▶️ Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang.

▶️ Tumis sehingga garing sikit dan naik bau wangi.

▶️ Masukkan sos tiram. Kalau nak gantikan sos tiram dengan ikan bilis pun boleh. Sama je fungsi untuk beri dia perisa sikit.

▶️ Kemudian masukkan air ikut kuah anda. Kalau suka berkuah banyak boleh masukkan lebih sikit.

▶️ Bila kuah dah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak tambah sayuran lain pun boleh. Ikutlah selera anda.

▶️ Lepas tu terus masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi.

▶️ Perasakan dengan serbuk lada sulah. Masa ni akan naik bau wangi dan aroma yang sedap.

▶️ Sebagai hiasan dan nak pedas sikit, masukkan cili besar merah dihiris.

▶️ Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung untuk kuah yang pekat.

▶️ Kacau dan boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Tauhu Telur Atau Tauhu Jepun. Sedap Buat Masak Sup, Sayur Dan Macam-Macam Lagi.

 

Sup ni tak perlu masukkan garam pun sebab tadi sos tiram dah beri rasa masin. Apa-apa pun anda boleh rasa dulu. Kalau ada kurang berasa, boleh je tambah ikut citarasa.

Makan gitu je serius sedap. Kuah makan banjir-banjir dalam nasi. Nak makan dengan lauk lain pun serbesalah sebab rasa macam nak nikmati sup ni je.

Tapi kalau hidangkan dengan ikan goreng pun sedap juga. Bolehlah nanti cuba resepi sup tauhu telur simple dan sedap ni. Mesti sekejap je licin. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.