Selalunya telur dadar ni kalau goreng dengan bawang dan cili padi je pun dah sedap. Tapi kadang-kadang telur dadar bawang ni ada yang tak berapa suka sebab bau bawangnya tu. Dalam banyak-banyak masakan telur, ada satu menu sedap dan sihat anda boleh buat iaitu resepi telur dadar cheese yang penuh dengan sayuran.
Sesuai bagi anda yang suka cheese atau suka kepelbagaian dalam masakan telur. Dalam resepi ni kaya dengan sayur dan tak masukkan sebarang perasa selain sedikit je garam. Dan telur dadar ni pun digoreng dengan sedikit minyak zaitun. Bila dimasak tebal-tebal, hidangannya jadi sedap, menyelerakan dan wangi.
Puas bila dapat makan sekeluarga. Kadang-kadang ada juga anak tak berapa suka makan sayur. Jadi, resepi telur dadar cheese penuh sayuran ni boleh dijadikan idea masakan untuk hidangan mereka.
Perkongsian resepi telur dadar sihat dan sedap ni dikongsikan oleh Maryam Hussain. Bahan-bahannya sangat simple, mudah dan cepat untuk disediakan.
Bila masukkan cheese, telur dadar ni rasa lebih berlemak dan juicy lepas digoreng. Untuk hidangan lebih cantik, gulungkan telur masa menggoreng tu. Barulah nampak cantik sebab tebal masa dihidangkan nanti.
RESEPI TELUR DADAR CHEESE YANG PENUH DENGAN SAYURAN
Selain sayuran lobak merah dan timun, dalam resepi telur dadar cheese ni juga dimasukkan daun bawang untuk naikkan lagi rasa dan aromanya. Kalau anda suka sayuran lain, boleh juga masukkan sekali contohnya kobis, sawi dan tomato.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Telur 4 biji
- Cheese
- Lobak merah dipotong dadu
- Timun dipotong dadu
- Daun bawang dihiris nipis
- Secubit garam
- Minyak zaitun sesudu
Cara memasak telur dadar cheese sayuran sedap dan sihat:
▶️ Mula-mula pukul telur dengan semua sayuran yang dah siap dipotong dadu atau dihiris.
▶️ Kemudian masukkan sedikit garam.
▶️ Kocakkan semua bahan sehingga sebati.
▶️ Panaskan minyak zaitun sedikit dalam kuali. Kemudian masukkan adunan telur tadi secara melebar.
▶️ Biarkan sekejap dalam 2 minit. Kemudian taburkan cheese di atasnya.
▶️ Gelungkan telur ikut kreativiti masing-masing.
▶️ Bila dah masak dan garing, boleh angkat. Dan potongkan kecil-kecil.
▶️ Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Udang Goreng Buttermilk Sarang Telur Gerenti Sedap! Guna Bahan Simple Je.
Nyummy, sedap dan menyelerakan. Telur dadar gulung inti cheese dan sayuran ni memang sedap kalau dihidangkan sekali dalam juadah tengah hari dan makan malam. Pasti menaikkan lagi selera anda.
Sesekali kalau nak ubah selera masakan telur, bolehlah buat menu telur dadar yang sedap dan sihat ni. Atau kalau nak ratah macam tu je pun tanpa makan denga nasi dah cukup sedap dan menyelerakan. Boleh dibuat sebagai hidangan istimewa anak-anak dan keluarga. Selamat mencuba!