Kalau anda penggemar makanan cina mesti tau masakan cina ni biasanya bahan dia simple je. Gaya masakannya pun ada caranya tersendiri. Lebih nampak menyihatkan. Bagi yang belum biasa dengan masakan cina, jom try resepi terung stim Chinese style ni.
Ni antara resepi paling senang anda boleh cuba. Bahannya sedikit, dan cara masakannya pun unik sebab terung tu akan dikukus dahulu baru digaulkan dengan bahan tumis yang lain. Rasa terung tu lebih asli bak kata orang sebab tak ada campuran sangat.
Selalu kalau masak terung style melayu kita buat terung berlada atau terung masak gulai. Apa kata kali ni tukar sikit selera ke menu yang lebih ringkas tapi masih menangkap selera. Makanannya pun lebih menyihatkan.
Resepi ni dikongsikan oleh Maryam Hussain. Bahan kuahnya 1 jenis kicap sahaja, tapi masih ada rasa pedas-pedas sebab dimasukkan juga cili dan lada sulah untuk naikkan lagi rasa.
Resepi terung ni akan berair sikit dan air tu kadang-kadang yang menyedapkan lagi rasa bila makan dengan nasi. Jom lihat cara memasaknya.
RESEPI TERUNG STIM CHINESE STYLE
Apa yang sedapnya resepi ni ialah terung tu nanti akan lembut sangat dan masakan ni cukup masin dan manis secukup rasa. Rasanya juga nanti tak berapa pedas. Enak digaulkan dengan nasi putih panas-panas.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Terung panjang atau terung bulat 5 biji
- Cili besar 2 biji
- Kicap 1 sudu
- Bawang putih 2 ulas
- Halia 1 inci
- Daun sup dan daun bawang
- Serbuk lada sulah secukupnya
Cara masak terung stim Chinese style:
▶️ Mula-mula kukuskan terung yang dah siap dipotong. Kukus hingga separuh masak dan kemudian angkat. Ketepikan.
▶️ Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih dan halia yang dipotong dadu. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan cili besar yang dihiris, daun sup, daun bawang, kicap manis dan lada sulah. Perasakan sikit dengan garam dan gula. Kacau sehingga sebati.
▶️ Selepas tu masukkan terung yang dah dikukus tadi. Kacau sehingga sekata.
▶️ Dah masak, boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Kerabu Ikan Bilis Garing Super Sedap. Cukup Rasa Masam, Manis, Pedasnya!
Simple je kan menu ni. Masakan style cina ni sebenarnya ada peminatnya sendiri. Satu, sebab rasa dia yang lebih ‘soft’dari segi rencah dan kepedasannya. Keduanya, ianya lebih sihat sebab kurang proses menggoreng.
Bila terung dimasak style cina, rasanya lebih menangkap. Sebab terung ni sejenis sayuran yang ada rasanya tersendiri dan sangat sedap bila dimasak apa-apa masakan pun. Sebab tu terung ni amat digemari, tak kiralah terung panjang atau terung bulat.
Lepas ni kalau sesekali nak tukar selera, bolehlah cuba resepi terung stim Chinese style ni untuk hidangan anda sekeluarga. Selamat mencuba!