Segalanya Tentang Makan..

Resepi Tomyam Ayam Ala Thai. Guna Pes Ni Memang Padu Kuahnya.

0 126

Selalunya kalau makan tomyam, kuahlah antara faktor kesedapannya. Kena cukup rasa, aroma dan pedas. Kali ni, kalau anda cuba resepi tomyam ayam ala thai dengan gunakan pes ni, memang tak cari resepi lain dah. Sedap betul rasa kuahnya.

Pening kadang-kadang fikir nak masak makanan apa yang cepat untuk disediakan kan? Tomyam ni antara yang mudah sebab gunakan pes je. Leburkan je dengan bahan-bahan asas yang lain. Tomyam ni bahan asasnya halia, lengkuas, daun limau dan sebagainya untuk mewangikan kuah.

Selebihnya anda tentukan nak masukkan bahan apa sebagai lauk dalam kuah. Sama ada nak buat tomyam ayam atau seafood. Bila dah ada tomyam, makan dengan telur dadar je pun dah sedap.

Tak perlu ada lauk lain lagi dah. Makan dengan nasi panas-panas lebih nikmat. Buat makan malam paling sesuai sebab masak 15 minit je dah siap.

Resepi tomyam ayam ala Thai ni dikongsikan oleh Fatimah Saari. Kalau anda nak tukar versi seafood pun boleh. Selebihnya bahan sayuran boleh masukkan apa je yang anda suka.

 

RESEPI TOMYAM AYAM ALA THAI

Kalau nak buat versi pedas, lebihkan cili padi. Dan kalau nak masam lebih, perahkan lebih limau nipis. Nak buat tomyam ni sebenarnya ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 3 batang serai (dititik)
  •  Cili padi (8-10 biji – ikut kepedasan)
  • Akar ketumbar
  • 3 sudu besar pes tomyam Thai
  • 2 biji limau nipis (perah ambil air je)
  • Ayam (potong kecil-kecil)

Bahan B:
  • Lobak merah
  • Cendawan
  • Kobis bunga
  • Brokoli
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Bawang (dipotong dadu)
  • Garam

Cara buat tomyam ayam ala Thai:

▶️ Masukkan air dalam periuk dan masak sampai mendidih.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan halia, lengkuas, serai, pes tomyam dan juga akar ketumbar. Kacau sebati.

▶️ Biarkan dalam 2 minit.

▶️ Lepas tu masukkan ayam dan tutup periuk. Biarkan ayam masak dan empuk dalam 6-8 minit.

▶️ Kemudian buka tudung periuk dan masukkan bahan B. Agak-agak banyak mana sayuran anda nak masukkan.

▶️ Kalau air tak cukup boleh tambah ikut banyak mana kuah anda suka.

▶️ Masukkan perahan air limau dan juga garam.

▶️ Tunggu sampai sayur lembut dan kuah sebati, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Bakar Thai. Betul-Betul Nikmat Cicah Dengan Sos Pedas. Wajib Cuba!

 

Kalau kat kedai makan Thai tu, tomyam biasa dihidangkan dengan telur dadar dan sambal belacan. Bukan main sedap lagi. Mesti makan bertambah.

Buat pedas-pedas sebenarnya lebih sedap. Dengan kuahnya wangi bau aroma daun limau, sedap makannya banji-banjir atau hirup kuah macam tu je.

Lepas ni kalau nak makan sedap dan cepat untuk disediakan, buatlah resepi tomyam ayam ala Thai yang dikongsikan ni. Atau buat seafood pun layan. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.