pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Spaghetti Karbonara Berkrim Campur Cendawan Butang. Enak Sungguh Sampai Bikin Terliur!

0 3,039

Ada tak kat sini yang tak suka makan spaghetti? Rugi tau kalau tak makan spaghetti. Lebih lagi spaghetti karbonara lemak berkrim ni. Sesekali kalau gantikan nasi dengan spaghetti buat makan malam sebenarnya sedap dan mengenyangkan.

Kalau dapat buat resepi spaghetti karbonara berkrim campur cendawan butang, confirm makan sampai licin punyalah! Memang berselera dari mee spaghetti nya tu, kuah dia, bau dan rasa. Semuanya memang sedap!

Bila buat spaghetti karbonara ni, biasanya memang kita tekankan pada kuah dia tu. Kalau kurang bahan, memang spoil dan tak menjadi rasa spaghetti.

Sos prego carbonara cendawannya tu mesti cukup untuk rasa yang enak, dan satu lagi oregano flakes yang menaikkan lagi bau aroma spaghetti.

Resepi ni ada dikongsikan oleh Ruhaiza Bunyamin di MAHN. Simple dan mudah je cara membuatnya. Kalau nak buat dinner untuk anak-anak, sekejap je dah siap. Yang penting mesti mereka suka.

 

RESEPI SPAGHETTI KARBONARA BERKRIM

Untuk resepi ni bahan tambahannya simple je iaitu cendawan butang dan sosej. Kalau anda nak rasa yang lebih umphh, boleh masukkan isi udang atau apa sahaja bahan tambahan yang disukai.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang besar holland yang dicincang dalam 1 biji
  • Bawang putih dicincang juga dalam 5 ulas
  • Sosej 5 batang
  • Cendawan 1 tin
  • Sos cendawan carbonara Prego 2 tin
  • Susu segar 1 liter (tak kisah apa-apa brand pun)
  • Lada hitam
  • Oregano flakes

Cara-cara buat spaghetti karbonara berkrim:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Seterusnya hiris cendawan butang dan sosej. Kemudian masukkan dalam kuali dan kacau sekata.

▶️ Taburkan lada hitam dan juga oregano flakes ke dalam masakan. Kacau lagi supaya sebati.

▶️ Kemudian tuangkan sos cendawan dan juga susu. Kacau sebati, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Dah mendidih, bolehlah padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Wrap Ayam Sedap Dan Mampat. Nama Lain Dia Burrito. Wajib Cuba Ni!

 

▶️ Sebelum dihidangkan, rebus dulu spaghetti dengan sedikit minyak dan juga garam. Lepas dah lembut mee spaghetti, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia dihidangkan bersama dengan kuah karbonara tadi!

Nyummy, nampak menyelerakan kan! Bila nak menjamu selera tu, makanlah waktu masih lagi panas dan mee spaghetti baru je direbus. Anda akan terasa nikmatnya. Spaghetti karbonara ni kalau cukup rasa lemak berkrim dan bahang lada hitam tu lagi bertambah sedap untuk dinikmati.

Ada sesetengah resepi tu ditambahkan lagi pelbagai sayuran untuk menaikkan lagi rasa dia. Contohnya masukkan lobak merah yang dipotong dadu, lada benggala, brokoli, kobis bunga dan macam-macam lagi. Rasanya lebih sedap sebab ada rasa crunchy. Nanti bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.