pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Udang Galah Buttermilk. Kuah Lemak Dan Wangi, Sedap Dihirup.

0 3,186

Masakan buttermilk ni memang jarang orang masak di rumah. Alih-alih gulai lemak, sambal atau goreng-goreng je. Mulai hari ni apa kata rajin-rajin masak buttermilk pula. Buttermilk ni salah satu masakan ringkas dan cepat. Contohnya resepi istimewa iaitu udang galah masak buttermilk yang super marvelous ni.

Kalau bukan udang galah pun, boleh juga masak udang biasa, sotong, ayam atau ketam dengan resepi yang sama. Rasanya memang sedap dengan kuah berlemak dan wangi. Tak dinafikan memang ramai orang sukakan udang.

Jangan pula rasa rugi kalau buat masakan udang galah buttermilk ni sebab rasanya sedap dan padu. Air udang tu sebenarnya menaikkan lagi rasa dia. Dapat hirup kuah pun dah rasa nikmat.

Tak percaya anda boleh cuba resepi udang galah masak buttermilk yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin ni. Bahannya ringkas je. Dan masaknya sangat mudah. Udang ni sekejap je dah masak.

Tapi udang galah ni berlainan sikit. Ada yang suka gorengkan dulu sebelum masakkannya dengan kuah. Tapi kalau nak masakkan sekaligus dengan kuah pun tak ada masalah.

 

RESEPI UDANG GALAH MASAK BUTTERMILK

Untuk pengetahuan anda, masakan buttermilk ni bukanlah hidangan masakan yang pedas. Lebih kepada rasa lemak dan wangi sahaja. Kalau tekak anda jenis suka pedas, boleh masukkan beberapa cili padi ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan perlu ada:
  • Udang galah 20 ekor
  • Bawang merah 1 biji dipotong dadu
  • Bawang putih 2 ulas dicincang
  • Mentega 2 sudu besar

  • Daun kari 1 tangkai
  • Susu cair krimer sejat ½ tin
  • Cili padi 3 biji dipotong kecil (nak masukkan lebih pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • Maggi cukup rasa sebagai penambahan perasa

Cara masak udang galah masak buttermilk:

▶️ Panaskan kuali, kemudian masukkan butter.

▶️ Biarkan butter mencair.

▶️ Lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih dan juga daun kari. Tumis sehingga garing dan naik bau.

▶️ Kemudian masukkan udang. Dan biarkan sehingga udang bertukar warna oren.

▶️ Masukkan pula susu sejat dan gaul sebati.

▶️ Biarkan kuah mendidih sekejap. Dan akhir sekali masukkan cili padi.

▶️ Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga Maggi perasa.

▶️ Boleh renehkan kuah kalau nak pekat sikit kuahnya.

 

BACA JUGA: Udang Butter Nestum Rangup Dan Sedap. Wajib Cuba! Resepi Paling Ringkas Tapi Terangkat!

 

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

Hmm, wangi semerbak kuah buttermilk ni. Hidangan macam ni biasanya sesuai kalau nak sediakan untuk anak-anak. Sebab mereka mesti suka masakan berkuah yang beraroma dan tak pedas.

Tapi kalau buat udang galah mungkin susah sikit untuk mereka jamah. Boleh juga kalau anda nak gantikan dengan udang kecil atau seafood lain. Bahan-bahan dan caranya masih sama.

Jangan lupa cuba resepi udang galah buttermilk ni. Pasti anda suka sebab hasilnya memang terbaik dan sangat menyelerakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.