Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Zv5bgI.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Zv5bgI.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Sambal Pauh Ikan Bakar Kelantan Sedap tak Terkata. Mudah Je! Sebagai Pembuka Selera.

0 3,037

Selain sambal belacan atau sambal gesek, ada lagi jenis sambal yang sedap dan membangkitkan selera tiap kali makan dengan nasi. Iaitu sambal pauh ikan bakar yang amat terkenal di negeri Kelantan. Ini kalau tengok, mau kecur air liur dibuatnya.

Sebab ada campuran buah pauh atau mangga muda yang masam-masam. Cara nak buat sambal pauh ni mudah je sebab gunakan bahan yang ringkas. Walaupun sikit je bahan tapi rasanya lengkap dengan masam, manis, masin dan pedas.

Tambahan lagi bila buat sambal pauh campur ikan bakar yang rasanya lebih padu dengan lemak dan manis ikan. Selain ikan bakar, ada juga resepi yang campurkan dengan ikan bilis. Tapi bila buat dengan ikan bakar ni rasanya lebih sedap dan mantap.

Nanti kalau jumpa mangga muda yang belum masak sepenuhnya tu, petiklah sebiji dua untuk buat sambal pauh ni. Jom buat ikut resepi yang diberikan oleh Noryue Rania ni. Ada 5 bahan je yang diperlukan.

Syaratnya semua kena tumbuk dengan lesung batu. Jangan dikisar pula sebab nanti berair dan tak ada lebih selupat bahan. Yang selupat bahan-bahannya tulah yang paling sedap bila digaulkan dengan nasi.

 

RESEPI SAMBAL PAUH IKAN BAKAR KELANTAN

Untuk ikan bakar tu boleh gunakan apa-apa sahaja jenis ikan yang anda suka. Kebiasaannya guna ikan kembong, pelaling, dan selayang. Ada juga yang gunakan ikan sardin. Terpulang citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan bakar
  • Lada pedas (cili padi)
  • Garam
  • Gula
  • Pauh atau mangga muda

Cara buat sambal pauh ikan bakar:

▶️ Bersihkan ikan dan bakar biasa atas dapur pun tak apa.

▶️ Kemudian asingkan isi ikan bakar dari tulangnya.

▶️ Tumbukkan cili padi sampai lumat.

▶️ Masukkan juga garam dan gula dalam lesung agak-agak ikut tahap manis dan masin yang sesuai, dan tumbuk sekali.

▶️ Masukkan isi ikan bakar ke dalam bahan tumbuk tadi. Tumbuk dan sebatikan.

▶️ Campurkan bahan ni dengan pauh yang dah siap dimayang atau potong panjang dan halus. Gaul sekata.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan dengan nasi.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Nenas Sedap Terliur. Rasanya Padu, Pedas, Masam Dan Manis. Rugi Tak Cuba!

 

Ada sesetengah resepi tak bakar ikan tapi merebusnya. Kalau bakar sebenarnya lagi sedap sebab manis ikan tu tak hilang. Ada juga yang masukkan je isi ikan yang digoreng. Sebenarnya ikut je citarasa anda. Lain orang lain seleranya kan.

Yang penting cukup berasa dengan masam pauh, manis gula dan ikan, serta pedas yang cukup. Barulah nikmat dan menjadi makanan sampingan yang bantu membangkitkan selera.

Bolehlah nanti hidangkan untuk suami dan orang tua. Memang kena pada selera meraka. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.