Segalanya Tentang Makan..

Sotong Sumbat Inti Kentang Yang Sedap, Mudah Dan Cepat. Lebihan Kentang Boleh Buat Patty Telur Sotong!

0 1,571

Teringin nak makan sotong sumbat. Tapi kalau nak ikutkan ada bermacam resepi sotong sumbat yang ada. Yang selalu orang buat ialah sotong sumbat telur. Tapi kali ni jom cuba resepi sotong sumbat kentang yang mudah dan sedap ni.

Untuk buat hidangan ni tak susah pun sebab bahan yang diperlukan sangat ringkas. Walaupun mudah je bahannya, tapi rasa dia sedap dan berlemak. Tambahnya lagi nak masaknya anda boleh masak dengan cara menggoreng atau bakar.

Sedap dan wangi je bau hidangan sotong sumbat kentang ni. Diakui sotong ni memang jadi kegemaran semua, tak kira sotong tu sendiri dan juga isi telurnya.

Tak perlu risau kalau ada berlebihan kentang. Anda boleh buat patty telur sotong sekali sebagai hidangan tambahan.

Memang sedap kalau makan macam tu je atau nak makan dengan apa-apa sos pencicah. Jom kita lihat perkongsian resepi dari Ash Perlis ni.

 

RESEPI SOTONG SUMBAT KENTANG SEDAP DAN MUDAH

Nak masak sotong telur sumbat ni perlu berhati-hati. Sebab isinya mudah terkeluar semasa sedang digoreng. Selalunya anda kena masukkan inti yang ngam-ngam ke dalam sotong dan tutup dengan lidi kecil supaya lebih kemas dan tak terkeluar.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Sotong 3 ekor (saiz besar, sederhana dan kecil)
  • Telur sotong
  • Kentang 2 biji
  • Santan pekat
  • Susu sejat
  • Garam
  • Gula perang
  • Marjerin
  • Tepung gandum

Cara masak sotong sumbat kentang:

▶️ Rebuskan kentang sehingga empuk.

▶️ Kemudian buang kulitnya dan masukkan ke dalam periuk.

▶️ Lenyek kentang yang dah direbus ni dan masukkan sedikit garam dan gula perang.

▶️ Lepas tu masukkan santan sedikit.

▶️ Masukkan susu sejat pula. Kemudian gaul sebati.

▶️ Kentang benyek ni akan jadi sedikit lemak berkrim.

▶️ Sumbatkan ramuan kentang ni ke dalam sotong yang dah siap dicuci.

▶️ Kemudian tutup bahagian kepala sotong dan cucukkannya dengan lidi.

▶️ Panaskan kuali.

▶️ Masukkan marjerin sedikit untuk goreng atau bakar.

▶️ Bila marjerin dan cair, masukkan 3 ekor sotong yang dah disumbat kentang tadi.

▶️ Dah masak boleh padamkan api.

▶️ Kalau kentang ada lebih tapi tak tahu nak buat apa, boleh gunakannya untuk masak patty telur sotong.

▶️ Caranya, satukan kentang lenyek tadi dengan sikit tepung gandum. Gaulkannya sebati.

▶️ Kemudian masukkan lebihan telur sotong.

▶️ Kacau sehingga betul-betul sebati.

▶️ Panaskan marjerin sikit dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan patty telur sotong yang dibentukkan melonjong macam ni.

▶️ Kemudian goreng sehingga garing.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Goreng Telur Masin Rangup, Resepi Chef Paling Sedap Dan Simple.

 

Boleh hidangkan sotong sumbat kentang ni dengan patty telur sotong tu jaga. Nak makan macam tu je dah sedap. Atau nak cicah dengan sos pun boleh.

Sebenarnya nak buat menu ringkas macam ni boleh tambah apa-apa sahaja bahan yang ada gemari. Contohnya taburkan serbuk lada hitam atau masukkan daun bawang dan sebagainya.

Masakan yang mudah seperti sotong sumbat kentang ni boleh diubah suai ikut selera tekak masing-masing. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.