https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Jom Cuba Bihun Lada Hitam. Sedapnya Lain Macam. Senang Je! Mesti Repeat Lagi.

0 1,259

Sebut pasal bihun, ada bermacam-macam resepi sebenarnya boleh buat dengan bihun ni. Biasanya dibuat goreng biasa, mamak, bihun sup dan sebagainya. Satu lagi anda boleh cuba ialah bihun lada hitam.

Serius sedap dan lain dari yang lain rasanya. Kalau anda biasa makan bihun goreng Singapore, lebih kurang macam tu jugalah resepinya. Rasa bihun tu sedap disebabkan rencah lada hitam. Rasa pedas-pedas bahangnya tu buatkan nikmat.

Cuma resepi yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin ni ada masukkan cili padi untuk menaikkan lagi rasa kepedasannya. Nak pedas tahap mana terpulang pada anda.

Ringkas je bahan untuk resepi ni. Salah satu bahan yang buatkan rasa bihun ni sedap berperisa ialah udang kering yang dikisar sekali dengan bawang. Tumisannya menaikkan lagi rasa.

Kalau anda suka bihun yang kering, boleh masak lama sikit atas api. Kalau suka bihun yang basah-basah sikit, tak perlu masak lama sampai kering airnya.

 

RESEPI BIHUN LADA HITAM

Lada hitam ni ada bau dan aromanya. Kena pandai sukat nak masukkan berapa banyak ikut kuantiti bihun anda. Sebab kalau banyak sangat nanti takut bau terlampau kuat dan tak menepati citarasa pula. Ikutlah citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • ½ bungkus bihun
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang merah
  • Cili padi (ikut kepedasan yang anda nak)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Kicap (ikut nak banyak mana untuk cantikkan warna)
  • Garam secukup rasa

Cara masak bihun lada hitam:

▶️ Mula-mula tumbuk dulu bawang putih, bawang merah, lada hitam dan udang kering.

▶️ Tumbuk sehingga lumat.

 

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis sampai garing dan naik bau.

▶️ Kalau anda nak masukkan ayam ke, atau fishball untuk penambahan, boleh masukkan waktu ni. Kalau tak nak tak apa.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram.

▶️ Masukkan air sikit untuk lembutkan bihun nanti.

▶️ Lepas tu masukkan bihun.

▶️ Masukkan kicap dan perasakan dengan garam sedikit.

▶️ Masak sehingga bihun lembut. Kalau air dah kering dan bihun masih tak lembut, masukkan air sikit lagi.

▶️ Gaul sehingga sekata.

▶️ Nak tambah sayur terpulang pada anda.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Kungfu Sedap Dan Power! Mudah Je Masaknya Tapi Cukup Special.

 

Bila teringin nak makan bihun goreng, cubalah buat bihun lada hitam ni. Sesuai nak buat masakan simple-simple sebab bahannya ringkas je.

Kalau anda nak letak bahan tambahan macam ayam, daging, udang, sotong atau apa sahaja terpulang pada anda. Ikut citarasa masing-masing.

Biasanya kalau makan bihun lada hitam ni dengan kicap pedas lagi bertambah sedap rasanya. Dapat menambahkan rasa. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.