Segalanya Tentang Makan..

Resepi Char Kuey Teow Special. Buat Sendiri Stok Sos Perasanya. Nak Masak Terus Guna!

0 5,032

Buat peminat yang suka masakan mee kuah banyak dan banjir, mesti salah satu yang anda suka ialah char kuey teow kan. Char kuey teow ni agak sensitif sikit tiap kali makan di kedai. Kalau kuahnya tak kena dengan tekak, mau putus selera dibuatnya. Ada satu resepi char kuey teow special yang ingin dikongsikan.

Apa yang menarik tentang resepi ni ialah cara penyediaan sos yang dijadikan stok untuk masakan char kuey teow. Campuran bahannya yang pelbagai boleh kita bayangkan macam mana rasanya, selain mudah untuk kita masak char kuey teow bila-bila masa.

Bagi pencinta char kuey teow, mesti anda teruja dengan perkongsian resepi dari Jamiah Tulisman ni. Bahan-bahan campuran untuk stok sosnya ialah beberapa jenis sos biasa yang kita gunakan. Dan ada penambahan bahan perasa.

Cukup rasa manis dan masinnya. Pendek kata kalau ada stok sos ni, mudah untuk kita masak char kuey teow nanti. Campak-campak je bahan dan tuangkan sos perasa ni, dah terus siap.

Rasanya juga sedap dan terbaik. Kalau nak buat hidangan minum petang atau makan malam yang segera dan cepat, boleh buat char kuey teow ni.

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW SPECIAL

Untuk sos ni, ianya mudah sebab boleh disimpan lama. Sukatan bahan sos yang disediakan ni sesuai untuk 4 kali masak char kuey teow 500 gram.

Bahan-bahan sos yang diperlukan:
  • Air masak 2 liter
  • Sos ikan 100 ml
  • Kicap manis 200 ml (guna cap udang)
  • Cukup rasa Maggi 2 sudu
  • Sos tiram Maggi 3 sudu besar
  • Sos cili 200 ml (1 cawan)
  • Kicap pekat 100 ml

 

Cara penyediaan sos char kuey teow:

▶️ Campurkan je kesemua bahan ni dan kacaunya sebati.

▶️ Simpan dalam bekas bertutup dan masukkannya dalam peti sejuk.

▶️ Nak guna baru keluarkan.

Bahan-bahan untuk masak char kuey teow:
  • 500 ml sos char kuey teow yang dibancuhkan tadi
  • Kuey teow 500 gram
  • Cili kisar 2 sudu besar
  • Telur 2 biji
  • Kucai
  • Taugeh
  • Sawi (jika suka)
  • Udang
  • Kerang
  • Bahan-bahan lain seperti fishball (jika suka)
  • Gula ½ sudu besar
  • Bawang putih 5 ulas (diketuk)
  • Bawang besar sedikit (dihiris halus)

Cara masak char kuey teow power:

▶️ Panaskan minyak sikit dalam kuali.

▶️ Kemudian tumis bawang putih dan juga bawang merah sehingga garing dan naik bau.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.

▶️ Masukkan 500 ml stok sos yang dibuat tadi.

▶️ Biarkan sos dan bahan mendidih. Kemudian pecahkan 2 biji telur.

▶️ Biarkan dulu telur tu, selepas tu baru kacau rata.

▶️ Masukkan udang dan juga kerang (jika ada).

▶️ Selepas udang dah bertukar warna, masukkan gula ½ sudu atau secukup rasa.

▶️ Tak perlu masukkan garam lagi sebab sos dah ada rasa masin.

▶️ Masukkan char kuey teow dan gaul sekata.

▶️ Dah siap. Dapat lihat cukup kuah pekat sebati dengan mee.

▶️ Taburkan taugeh, sawi dan kucai.

▶️ Kacau sikit dan padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Pes Tomyam Power! Simpan Dalam Bekas. Nak Masak Terus Ceduk Je!

 

Hidang panas-panas dengan limau nipis atau cili jeruk memang sedap sangat. Lagi-lagi ada udang dimasukkan. Bau dan rasa manis air udang tu sedap bila sebatikan dalam kuah.

Kalau sesekali pekena char kuey teow sedap macam kat kedai ni layan juga. Ibu-ibu kalau nak hidangkan untuk keluarga boleh ikut resepi charkuey teow special ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.