Warning: fopen(/tmp/d127ec1c3da9fa580f59640c2d4c1bc3-bCVdyc.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/d127ec1c3da9fa580f59640c2d4c1bc3-bCVdyc.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Daging Utara Paling Sedap. Hidang Dengan Air Asam Kerisik Dan Sup Daging.

0 2,812

Hujung minggu ni kalau dapat makan nasi daging dengan air asam kerisik memang sedap. Makanan apa yang berasaskan daging ni sebenarnya ramai orang suka sebab aroma daging lembu ni enak berbanding daging lain. Resepi nasi daging utara ini antara yang sedap anda boleh cuba.

Wajiblah kena ada dengan air asam kerisik sekali. Memang kombinasi terbaik. Bila nasi masak dengan beras basmathi, hidangan akan jadi lagi menarik sebab nasi akan lebih lembut dan cantik berderai. Kalau anda nak berkuah sikit, boleh makan dengan sup daging.

Bagi yang nak cuba, boleh ikut resepi dari Nurul Hawa Nadilah Sari ni. Bahannya sebenarnya tak banyak. Nasi daging utara ni antara nasi berperisa yang simple sebenarnya.

Senang je masak, cuma nak kena rebus daging dan tunggu sampai daging lembut je. Hasilnya enak tak terkata dengan aroma rempah.

Sup daging ni juga akan diguna pakai untuk masak nasinya, sebab tu aroma nasi sedap. Ditambah pula dengan tumisan bawang dan rempah kurma.

 

RESEPI NASI DAGING UTARA

Sebelum mula masak nasi dan air asam kerisik, rebus daging seperti biasa dulu. Resepi ni gunakan daging ½ kilo yang dipotong sederhana kecil dan nipis. Pastikan air rebusan daging tu lebih sebab nanti akan dipakai untuk masak nasi.

Bahan-bahan nasi daging:
  • 5 cawan beras basmathi
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1 ulas bawang merah dihiris
  • 3 sekawan
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 helai daun pandan
  • ½ kiub pati daging
  • ½ cawan susu cair
Cara masak nasi daging:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dan marjerin dalam periuk.

▶️ Bila dah panas, masukkan bawang putih, bawang merah, 3 sekawan, rempah kurma dan daun pandan yang disimpul. Tumis sampai sebati dan naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau sekata.

▶️ Masukkan 4 ½ cawan air rebusan daging dan susu cair. Kacau supaya sebati.

▶️ Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.

▶️ Akhir sekali hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Bahan-bahan air asam kerisik:
  • Bawang merah dihiris
  • Tomato dihiris
  • 3 biji cili padi dihiris
  • Asam jawa
  • Kerisik
  • Cili merah*
  • Cili padi*
  • Belacan besar ibu jari*
  • Garam dan gula*

Cara buat air asam kerisik:

▶️ Mula-mula tumbuk cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula. Kalau nak hiris atau picit je pun boleh.

▶️ Lepas tu masukkan dalam mangkuk.

▶️ Bawang merah, tomato dan cili padi hiris pun dimasukkan juga.

▶️ Masukkan air asam jawa dan air sikit. Ramas-ramas bahan sehingga semuanya sebati.

▶️ Masukkan kerisik dan ramas lagi.

▶️ Dah siap.

▶️ Boleh hidangkan dengan nasi daging utara.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Sup Utara Penang Paling Simple Dan Senang Je Bahannya.

 

Mudah je kan? Air asam kerisik tu anda boleh bajet-bajet nak pedas dan masam macam mana. Kalau air asam ni kena cukup rasanya. Ada rasa masam, masin, manis sikit dan pedas juga.

Barulah sedap digandingkan dengan nasi daging. Nasi daging dah la sedap dengan bau wanginya tu. Confirm makan bertambah punya.

Bagi peminat daging, anda wajib cuba resepi nasi daging utara yang mudah dan sedap ni. Bolehlah buat hidangan istimewa hujung minggu ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.