Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cendawan Goreng Tepung Rangup. Guna Tepung Biasa Je. Sedap Dan Tahan Lama.

0 5,833

Cendawan goreng tepung ni selalunya famous di Terengganu. Kalau sekali rasa memang termimpi-mimpi. Serius sedap. Kalau kat tempat lain susah pula nak jumpa. Tak semua pasar malam ada. Rupanya ada cara buat cendawan goreng tepung rangup dan sedap yang semudah abc!

Guna tepung biasa yang ada di dapur je. Tertarik dengan resepi cendawan goreng tepung oleh Fieza Afieza ni. Sebab resepinya tak ada sebarang bancuhan. Selalunya kalau goreng tepung ni mesti ada bancuhan tepung dengan air kan.

Tepung pula tak ada gunakan tepung khas yang jarang didengar pun. Hanya pakai tepung gandum dan tepung beras. Lepas tu campurkan sikit dengan serbuk kari untuk bagi rasa dan aroma. Memang tak cepat muak kalau ada aroma kari ni.

Ketiga-tiga tepung ni hanya digaulkan dengan cendawan tiram tanpa campur apa-apa cecair. Hasilnya bukan main rangup dan sedap. Dah tu bila goreng tak serap minyak. Sebab tu cendawan goreng tepung ni lebih tahan lama.

Tanpa membuang masa jom tengok macam mana membuatnya. Sekali pandang memang tau mudah je step nak goreng. Lepas goreng makan macam tu je buat minum petang memang sedap.

 

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

Cendawan goreng ni makan macam tu je memang dah cukup sedap. Tapi kalau ada sos pedas manis lagilah padu rasa dia.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Cendawan tiram 500 gram
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar serbuk kari (tak kira sama ada kari ayam atau kari daging)
  • Garam secukup rasa
Cara buat cendawan goreng tepung:

▶️ Basuh bersih satu persatu cendawan. Kemudian toskan.

▶️ Boleh racik atau koyak-koyakkan supaya kecil sikit cendawan tu.

▶️ Masukkan garam secukup rasa dan serbuk kari. Gaul sebati.

▶️ Kemudian taburkan tepung gandum dan tepung beras. Gaulkan lagi sebati.

▶️ Pastikan tepung dah salut habis pada cendawan.

▶️ Lepas tu boleh terus goreng dalam minyak yang panas. Goreng sekejap je pun dah okay.

 

BACA JUGA: Resepi Udang Belon Goreng Rangup Ala Thai. Hanya 4 Bahan Je.

 

▶️ Dah kelihatan garing dan coklat warnanya, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Lepas je goreng tu, kalau gigit memang terasa rangup krup krap krup krap. Ratah macam tu sedap. Tambah lagi tahan lama. Kalau pagi goreng, petang tu makan masih enak lagi.

Cendawan tiram ni pun main peranan juga. Kalau anda gunakan cendawan yang masih baru dan fresh, lagilah sedap. Rangupnya tu lebih terasa. Lepas goreng pun akan nampak cendawan masih cantik.

Mudah je kan? Lepas ni kalau nak buat minum petang, tukar selera dari goreng pisang ke cendawan goreng tepung yang rangup dan sedap ni pula. Mesti anak-anak dan suami suka. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.