pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Keropok Lekor Dan Sos Pencicah Asli Terengganu. Sedap Dan Berasa Isi Ikannya.

0 3,612

Dah lama rasanya tak makan keropok lekor. Lagi-lagi musim pandemik ni susah nak dapatkan keropok lekor asli Terengganu melainkan orang di Pantai Timur je. Apa kata jom buat keropok lekor sendiri dengan sos pencicahnya sekali.

Alang-alang terjumpa resepi keropok lekor asli Terengganu dari perkongsian Zaky Mat Ali ni, jom simpan resepi ni. Nanti bila teragak nak makan keropok lekor fresh boleh terus buat sendiri. Kalau keropok lekor asli ni boleh dimakan versi rebus dan juga goreng.

Kedua-duanya sedap dicicahkan dengan sosnya sendiri. Bukan main sedap kalau makan waktu panas-panas. Keropok lekor ni semua orang tau ianya diperbuat daripada ikan. Cumanya kalau nak sedap, gunakanlah ikan yang segar dan manis isinya.

Nak buat keropok lekor ni sebenarnya mudah je. Hanya 4 bahan sahaja diperlukan. Begitu juga cara untuk membuat sosnya. Rasa keropok lekor yang sedap ialah bila isi ikannya banyak dan cukup berasa.

Dan sosnya pula perlulah pekat dan terasa pedas dan manisnya. Barulah sedap dan nikmat bila dicicahkan dengan keropok lekor.

RESEPI KEROPOK LEKOR ASLI TERENGGANU

Keropok lekor ni selepas je direbus, boleh dimakan terus segar-segar tu. Tapi kalau nak buat versi goreng, boleh potong kecil dan gorengkannya. Namun kalau anda tak nak makan terus, boleh je simpan dalam peti sejuk.

Keropok lekor ni tak tahan lama kalau dibiarkan di luar tanpa perlindungan. Jadi, kalau nak simpan dalam peti sejuk beku, balutkan dulu dengan plastik supaya tak tercemar atau mencemarkan makanan lain di dalam peti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan selayang segar 1 kilo
  • Tepung sagu 300 gram
  • Air sejuk dari peti 150 ml
  • Garam 2 sudu kecil

Cara buat keropok lekor:

▶️ Asingkan isi ikan dari tulangnya.

▶️ Kisar isi ikan dan juga garam bersama air.

▶️ Masukkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam mangkuk, dan campurkan sikit demi sedikit tepung sagu.

▶️ Uli adunan sehingga sebati.

▶️ Dan kemudian bentukkan doh memanjang. Boleh taburkan tepung sagu sikit supaya doh tak melekat.

▶️ Panaskan air dalam periuk. Dan rebuskan adunan keropok lekor yang dah siap tadi.

▶️ Boleh makan terus untuk versi rebus.

▶️ Kalau nak goreng, potongkannya kecil-kecil dan goreng dalam minyak panas.

Bahan untuk sos:
  • Gula merah 1 cawan
  • Lada kisar 3 sudu makan
  • Air asam jawan, garam dan belacan secukup rasa
  • Air 2 gelas

Cara buat sos pencicah:

▶️ Masukkan air dalam periuk, kemudian masukkan gula, lada, garam, belacan dan juga air asam jawa.

▶️ Kacau sehingga mendidih dan pekat.

▶️ Boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Cara Buat Popia Goreng Rangup Dengan Inti Paling Sedap. Dengan Resepi Sosnya Yang Padu.

 

▶️ Hidangkan bersama keropok lekor.

Mudah je kan nak buat keropok lekor ni. Selama ni bersusah payah mencari keropok lekor yang sedap di pasar malam.

Rupanya boleh buat sendiri je. Lagi puas hati buat sendiri ni. Dah tentu isi ikan akan lebih berasa. Buat lebih sikit kemudian simpan dalam freezer. Nak makan boleh rebuskan je semula.

Lepas ni kalau rindu keropok lekor asli Terengganu, buat je terus ikut resepi ni. Boleh buat hidangan minum petang. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.