Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Ayam Sos Lemon. Lebih Istimewa Sebab Ayam Goreng Crispy Dan Sos Madu Lemon!

0 1,528

Buat penggemar nasi ayam, pernah tak anda makan nasi ayam sos lemon? Resepinya lain dari yang lain. Berbeza cara hidangannya dengan nasi ayam biasa. Kalau muak makan nasi ayam biasa, anda boleh cuba resepi nasi ayam sos lemon yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Ak Habibi ni.

Apa yang sama nasi ayam lemon dan nasi ayam biasa ialah hidangan nasi, kuah cili, kicap dan supnya. Yang bezanya ialah cara penyediaan ayam. Nasi ayam lemon ni dihidangkan dengan ayam goreng crispy disaluti sos lemon. Rasanya dah tentu lebih umpphh dari ayam goreng atau ayam bakar biasa.

Apa yang buatkan sedap ayamnya ialah bahan-bahan yang digunakan untuk perap ayam yang lain dari yang lain. Bahan perapan yang pelbagai ni buatkan aroma ayam lebih wangi lepas digoreng.

Yang tu baru je ayam goreng crispy nya. Belum lagi disalutkan dengan sos lemon. Bancuhan sos lemon ni pula lain resepinya. Lepas ayam digoreng, sos lemon akan dicurahkan atas ayam.

Bayangkan makan hidangan ayam macam ni bersama nasi dan supnya. Lepas ni kalau nak ubah selera, boleh cuba nasi ayam sos lemon ni pula.

 

RESEPI NASI AYAM SOS LEMON

Kalau buat nasi berperisa ni biasanya gunakan beras basmathi. Tapi kalau nak gunakan beras biasa pun boleh juga. Untuk resepi ni, masak nasi ayam pusa gold planta. Yang penting mudah dan sedap.

Bahan-bahan untuk nasi:
  • Beras (dicuci dan ditapis)
  • Planta secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 3 sekawan
  • 3 hirisan halia
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai
Cara masak nasi:

▶️ Panaskan sikit planta dalam kuali. Biarkan mencair.

▶️ Masukkan bawang putih dan juga 3 sekawan. Tumis sampai bawang garing dan naik bau.

▶️ Masukkan halia, daun pandan dan serai yang diketuk. Tumis lagi.

▶️ Kemudian masukkan beras yang dah ditapis tadi. Kacau seketika sebelum tutupkan api.

▶️ Lepas tu masukkan beras dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan beras anda.

▶️ Masakkan nasi seperti biasa dalam rice cooker.

▶️ Selepas je nasi masak, boleh tambahkan lagi planta untuk rasa yang lebih sedap.

Bahan-bahan untuk sup ayam yang ringkas:
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 hirisan halia
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 kiub pati ayam
  • Ayam (pilih bahagian bertulang)
  • Bebola (jika mahu, sebagai penambah rasa)
  • Air
  • Garam
Cara masak sup ayam ringkas:

▶️ Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

▶️ Masukkan serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Kacau sebati.

▶️ Masukkan ayam dan tumis sampai ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.

▶️ Masukkan 5-6 cawan air.

▶️ Biarkan mendidih. Lepas tu perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Kalau nak masukkan bebola ikan, masukkan waktu ni.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

Bahan-bahan untuk air cili:
  • 3 tangkai lada merah
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • ¼ tomato
  • 2 senduk sup ayam dimasak tadi
  • 3 sudu besar cili sos Thai
  • ½ sudu halia parut
  • Garam dan gula secukupnya

Cara masak air cili:

▶️ Kisarkan lada merah, tangkai daun ketumbar dan tomato sehingga hancur.

▶️ Masukkannya dalam periuk bersama 2 senduk sup ayam. Kacau dengan api yang perlahan.

▶️ Kemudian masukkan sos cili Thai dan juga halia parut.

▶️ Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Kacau perlahan sehingga sos mendidih. Kemudian boleh padamkan api.

Bahan-bahan untuk sos kicap:
  • 2 senduk sup yang dimasak tadi
  • ½ senduk kicap Jalen lemak manis
  • 2 hirisan halia
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Perasa (sedikit je)
Cara masak sos kicap:

▶️ Masukkan sup ke dalam periuk.

▶️ Masukkan kicap Jalen lemak manis, halia, bawang putih dan sos ikan. Kacau sebati.

▶️ Masukkan perasa.

▶️ Kemudian kacau sehingga mendidih dan boleh padamkan api.

Bahan-bahan untuk ayam goreng crispy:
  • 1 ketul dada ayam (hiris nipis)
Bahan perapan (boleh gandakan ikut kuantiti):
  • 1 sudu besar sunquick
  • ½ sudu kecil kicap Jalen
  • 1 titik sos ikan
  • Secubit garam
  • Secubit perasa
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Secubit lada hitam kasar
  • Putih telur
  • Tepung goreng ayam (boleh pakai tepung Bestari) atau tepung jagung dengan serbuk roti

Cara perap ayam:

▶️ Satukan kesemua bahan kecuali putih telur dan tepung goreng ayam. Gaulkan sebati dengan ayam.

▶️ Kemudian lumurkannya dengan putih telur.

▶️ Akhir sekali lumurkan dengan tepung bestari dan perap selama 1 jam.

Cara goreng ayam:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Golekkan ayam sekali lagi dalam tepung bestari dan gorengkan dalam minyak panas.

▶️ Kalau nak kulit luar tebal, lumurkan tepung lebih sikit.

▶️ Goreng dalam api sederhana supaya masak sekata.

▶️ Dah siap boleh angkat dan toskan minyak.

Bahan-bahan untuk sos madu lemon:
  • 2 senduk sup ayam
  • ½ senduk sunquick
  • ½ sudu besar perahan lemon
  • 1 sudu besar madu
  • Bancuhan air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung dan 1 senduk sup ayam)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan lemon tanpa biji
Cara masak sos madu lemon:

▶️ Masukkan sup ayam dalam periuk.

▶️ Kemudian masukkan sunquick dan perahan lemon. Kacau sebati.

▶️ Masukkan madu.

▶️ Tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam.

▶️ Kacau sehingga sebati.

▶️ Lepas kuah mula suam, masukkan hirisan lemon tanpa biji.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi, ayam dan sosnya yang lain.

 

BACA JUGA: Cara Perap Ayam Untuk Ayam Bakar Madu. Rasa Dan Aromanya Semerbak Lepas Dibakar!

 

Bila makan nasi ayam ni, macam biasalah. Sediakan sekali hidangan lengkap seperti ulaman salad, timun dan juga tomato. Barulah bertambah menyelerakan.

Nasi ayam sos lemon ni sebenarnya kaya dengan rasa. Hidangan ni lebih kepada rasa masam-masam manis dan beraroma. Berbeza dengan nasi ayam biasa kita masak selama ni.

Kalau buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Resepi nasi ayam sos lemon ni sesuai jadikan hidangan hujung minggu. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.