Bila terkenang bercuti dengan keluarga, terasa rindu pula moment buat makan-makan ayam bakar bersama. Dah sekian lama tak buat ayam bakar melainkan waktu bercuti je. Dah alang-alang terjumpa resepi ayam bakar madu yang padu dan cara perap ayam ni, bolehlah cuba.
Ayam bakar madu ni kalau di pasar malam selalunya dijual kecil-kecil dengan harga seringgit atau 2 ringgit. Biasanya bewarna merah dan berkilat. Tapi untuk resepi ayam bakar yang dikongsikan oleh Maizatul Akma ada kelainan sikit pada warna dan rupanya.
Tapi tu bukan bermakna rasanya tak padu. Resepi ayam bakar madu ni sedap disebabkan bahan-bahan dan cara perapannya yang buatkan rasa ayamnya lebih menyengat lepas dibakar.
Ringkas je rupanya bahan-bahannya. Janji perapkan ayam dengan semua bahan termasuk madu selama satu malam. Bila bakar hari esoknya, boleh bau harum semerbak aroma isi ayam.
Ayam madu ni kalau makan macam tu je pun sebenarnya dah sedap. Tapi kalau nak cicah dengan sos cili atau sos lada hitam mahupun sos bbq, semua terpulang pada selera anda.
RESEPI AYAM BAKAR MADU
Untuk dapatkan hasil ayam bakar yang sedap dan padu, semasa nak perapkan ayam pastikan perap dalam bekas bertutup supaya semua bahan meresap sepenuhnya dalam isi ayam. Kemudian simpankan dalam peti ais.
Bahan-bahan yang digunakan:
- Ayam 1 ekor (dibersihkan dan ditoskan airnya)
- Madu (tak kisah jenama apa pun)
- Serai 4 batang
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
- 5 helai daun limau purut
- Sedikit garam
Cara buat perapan ayam:
▶️ Kisarkan serai, bawang, halia, kunyit hidup dan daun limau purut. Boleh masukkan sekali garam ke dalam blender.
▶️ Tips untuk mengisar bahan, anda boleh gunakan air ayam yang ditoskan tadi untuk kisar bahan ni.
▶️ Lepas dah kisar halus, masukkan ke dalam bekas mengandungi ayam.
▶️ Jangan lupa tuangkan madu sebanyak mana anda suka. Masukkan banyak lagi sedap.
▶️ Kemudian gaulkan bahan-bahan bersama ayam sampai sebati. Biarkan seketika untuk bahan meresap pada ayam dan air semua turun.
▶️ Selepas beberapa minit, keluarkan ayam dari bekas dan masukkan ke dalam bekas lain untuk tinggalkan lebihan air.
▶️ Tutup bekas ayam untuk diperap. Dan masukkan dalam peti sejuk (chiller). Biarkan semalaman.
▶️ Untuk keesokannya boleh terus bakar.
BACA JUGA: Rahsia Buat Sate Sedap. Cucuk Ayam Besar-Besar, Rasa Sate Lebih Mantap Dan Juicy.
Ayam kalau dapat dibakar cantik dan cukup garingnya memang sedap makan begitu je. Semasa bakar boleh bau haruman bahan semalam yang lebih menyengat.
Mana tidaknya, ada bahan serai dan juga daun limau purut yang dikisarkan sekali. Lepas tu dibiarkan dalam peti ais satu malam. Dah tentu meresap habis ke dalam isi ayam.
Lepas ni kalau nak buat ayam bakar madu, jangan lupa pastikan perap ayam dalam bekas bertutup selama satu malam. Baru dapat nikmati ayam sedap macam ni. Selamat mencuba!