Kalau anda selalu makan ayam madu berkilat tu boleh rasa nikmat sedapnya macam mana kan. Tak pun ayam pedas madu korea yang selalu viral tu. Kalau nampak resepi tu memang teruja. Kali ni jom cuba kepak ayam karamel sticky pula yang lebih kurang juga ciri-cirinya dengan masakan ayam di atas.
Tapi kepak ayam karamel ni dibuat versi ayam goreng garing, dan disalut dengan karamel sama ada gula pasir atau gula perang. Memang sedap tak terkata, padahal bahan mudah je yang digunakan untuk beri aroma wangi dan berperisa.
Bila masak ayam style manis-manis sticky macam ni, biasanya kepak ayamlah yang paling sedap. Isinya nipis dan kulit sedap. Kalau masak bahagian isi ayam memang nikmatnya tak sama macam kepak ayam ni.
Yang buatkan sedap resepi Erma Azizi ni, kepak ayam digoreng dulu dengan tepung goreng ayam yang sedap berperisa dan rangup. Lepas tu baru disalutkan dengan karamel.
Mudah je bahan-bahannya. Untuk ramuan karamelnya hanya perlukan 5 bahan je, dah berikan rasa sedap dan wangi. Jom lihat resepinya.
RESEPI KEPAK AYAM KARAMEL STICKY
Dalam ramuan ni akan beri rasa pedas sikit sebab masukkan sos cili. Dan sos cili ni pun akan beri rasa manis juga. Jadi, gula nanti tak perlu masukkan terlalu banyak supaya rasa manis dan pedas lebih seimbang.
Bahan-bahan yang digunakan:
- 10 ketul kepak ayam (dipotong jadi 2)
- 2 sudu tepung goreng ayam (gunakan tepung bestari)
- 1 sudu marjerin (gunakan buttercup)
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- 5 sudu makan sos cili (jenama Maggie, tapi nak gunakan jenama lain pun boleh)
- ½ sudu makan gula perang (nak guna gula pasir pun boleh)
- Sedikit daun ketumbar
Cara masak kepak ayam karamel sticky:
▶️ Mula-mula cuci ayam bersih.
▶️ Kemudian potong 2 kepak ayam ni untuk lebih kecil.
▶️ Salutkan kepak ayam dengan tepung goreng ayam Bestari.
▶️ Panaskan minyak yang penuh dalam kuali, dan goreng ayam sehingga garing.
▶️ Kemudian angkat dan toskan.
▶️ Sediakan 1 kuali bersih, lepas tu cairkan butter di dalamnya.
▶️ Kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing dan naik baunya.
▶️ Masukkan sos cili, gula dan juga daun ketumbar.
▶️ Masak sampai daun ketumbar layu.
▶️ Daun ketumbar tu pastikan masak sampai layu supaya berasa. Jangan masukkan mentah-mentah je. Dan kacau sampai ramuan pekat berkilat.
▶️ Lepas tu baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
▶️ Dah siap.
BACA JUGA: Buat Ayam Bbq Paling Simple Tapi Sedap. Tak Perlu Tumis, Hanya Gaul Bahan Terus Masuk Kuali!
Hidangkan masa ayam masih panas-panas memang cukup menyelerakan. Chicken wings macam ni sedap diratah macam tu je berbanding makan dengan nasi. Kalau makan dengan nasi, mungkin tak berapa puas sebab ayamnya kecil je.
Namun ikutlah selera anda nak makan macam mana. Janji ayamnya terasa rangup walau dah disalut karamel. Sebab kerangupan tu sebenarnya masih terasa walaupun ayam basah dan lembab dek bahan karamel.
Serius sedap. Rugi kalau tak cuba. Kalau dapat makan kepak ayam karamel sticky ni, bila rasa seketul confirm lepas tu repeat berketul-ketul. Jangan lupa mencubanya.