Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Ye1J9u.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Ye1J9u.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Nugget Sihat Dan Sedap Guna Bahan Mudah Je. Kulit Rangup Dan Isi Tebal.

0 3,094

Selalunya ibu-ibu bagi snek apa petang-petang untuk anak? Anak-anak ni kita tau selera mereka memang bermacam-macam, lagi-lagi kalau dapat makanan fast food yang bergoreng tu. Apa kata hidangkan mereka nugget yang lebih berkhasit. Ada cara buat nugget sihat dan sedap yang anda boleh buat.

Resepi ni dikongsikan oleh Diana Azhar dan bahan-bahannya amat mudah untuk disediakan. Tiada kandungan bahan perasa yang pelbagai dalam isi dia. Rasanya pun sedap dan pasti kena dengan selera mereka.

Kalau risau mereka tak selera jika nugget ni lembik atau tak garing, tak perlu risau. Bahagian kulitnya boleh dimasak garing dengan bancuhan tepung beras, telur dan air. Jadi, gorengan kulit akan lebih rangup dan sedap bila digigit.

Untuk sukatan bahan isi dalam nugget ni, anda boleh sukat agak-agak ikut berapa banyak nugget dan saiznya yang ingin dibuat. Pastikan kandungan isi ayam atau bahan perasa lain seperti garam gula mencukupi sebab takut tak berasa nanti.

Kalau yang tengah berdiet tu boleh juga buat nugget ni sebagai salah satu juadah ringan anda. Kandungan di dalamnya ada isi ayam dan sedikit tepung yang boleh bantu untuk mengenyangkan.

 

RESEPI NUGGET SIHAT DAN SEDAP

Nak lagi sedap boleh cicahkan dengan sos cili, tomato atau sos cheese. Nugget simple ni memang sesuai untuk hidangan santai anak-anak dan sekeluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Isi ayam bahagian dada
  • 2 ulas bawang putih
  • Gula organik molas
  • Daun thyme

  • Garam
  • 2 sudu tepung jagung

Bahan untuk celup sebelum digoreng:
  • Tepung beras
  • Telur
  • Air

Cara buat nugget sihat dan sedap:

▶️ Mula-mula kisar kesemua bahan isi nugget di atas.

▶️ Semasa ingin kisar, masukkan sedikit air dan juga minyak masak ke dalam blender.

▶️ Setelah dah kisar, kukuskan adunan ni sehingga masak.

▶️ Kemudian potong ikut saiz nugget yang anda ingin buat.

▶️ Bancuhkan tepung beras, telur dengan sedikit air untuk adunan kulit nugget.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Setelah dah betul-betul panas, celupkan isi nugget yang dah dipotong tadi ke dalam adunan tepung beras.

▶️ Dan goreng sehingga garing dan warna keemasan. Goreng dengan api sederhana je.

 

BACA JUGA: Buat Sendiri Sos Cheese Leleh Ala Kfc. Cicah Dengan Apa Pun. Sedap Sampai Menjilat Jari!

 

▶️ Lepas tu angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Gorengan tu terpulang pada anda nak goreng lebih rangup atau biasa je. Kalau goreng tak lama pun tak perlu risau jika tak masak. Sebab isi nugget memang dah siap masak semasa dikukus tadi.

Sedap sangat kalau nugget ni dimakan pada waktu hujan. Makan panas-panas dan cicah dengan sos cili, confirm tak cukup kalau goreng sekuali. Lepas ni bolehlah buat resepi nugget sihat dan sedap ni untuk hidangan anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.