Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-FAsEIm.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-FAsEIm.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Pekasam Daging. Rupanya Yang Buatkan Sedap Ialah Bahan Ni Yang Beri Rasa Rangup!

0 10,041

Siapa kat sini hantu makan pekasam? Selalunya kita kerap makan ikan pekasam je. Sebab banyak dijual di kedai runcit. Sekarang ni makin banyak orang buat pekasam daging pula yang ternyata sedap juga rasanya. Rupanya cara buat pekasam daging ni tidaklah susah mana.

Dalam ramuan daging pekasam ni sudah tentu ada bahan yang buatkan rasanya masam iaitu asam keping dan juga garam yang banyak. Dan satu lagi bahan yang amat berperanan di dalamnya ialah beras.

Beras ni yang akan berikan elemen rangup bila digoreng dan dimakan dengan nasi nanti. Tambah pula kalau gorengkannya dengan minyak yang lebih dan dicampur dengan bawang besar dan cili padi.

Memang cukup sedap dan membangkitkan selera. Ada yang sampai makannya dengan nasi sahaja tanpa ada lauk lain lagi.

Kalau anda nak buat pekasam daging sendiri, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Norsharmiza Ashikin ni. Mudah je. Hanya perlukan 4 bahan.

 

CARA BUAT PEKASAM DAGING

Resepi ni sesuai untuk 800 gram daging. Daging ni pula sebaiknya dipotong nipis-nipis supaya rasa masam garam dan asam keping mudah meresap dengan sempurna dalam daging.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daging 800 gram dipotong nipis (tapi janganlah terlalu nipis. Boleh agak-agak)
  • Asam keping 1 genggam (siap dibasuh)
  • Garam bukit 4 sudu makan @ agak-agak dalam ½ kilo (garam bukit ni tak terlalu masin sangat)
  • Beras 1 ½ cawan

Cara buat pekasam daging:

▶️ Selepas dah potong daging nipis-nipis sederhana, bilaskannya.

▶️ Kemudian masukkan dalam mangkuk atau bekas.

▶️ Masukkan juga garam dan asam keping. Gaulkannya sekata.

▶️ Sangai (goreng tanpa minyak) beras sampai warnanya keperangan. Pastikan beras dah siap dibasuh dan ditoskan, lepas tu boleh terus sangai.

▶️ Kemudian kisar beras yang disangai tadi pakai blender kering.

▶️ Beras ni lagi sedap kalau kisar tak berapa hancur sebab nanti masa goreng akan lebih rangup dan bertambah sedap dimakan dengan nasi. Namun, terpulang pada selera masing-masing.

▶️ Masukkan beras yang dah dikisar ke dalam bekas berisi daging tadi. Gaulkan sebati.

▶️ Pastikan gaul beras sampai betul-betul bersalut pada daging.

▶️ Kemudian masukkan dalam bekas bertutup.

▶️ Simpan dalam peti ais. Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Pekasam Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Panas Serius Sedap!

 

▶️ Lepas 3-4 hari dah boleh goreng untuk dijamah dengan nasi.

Nak gorengnya mudah je. Masukkan je daging dan beras-beras sekali ke dalam minyak yang panas bersama dengan bawang besar hiris dan cili padi. Goreng sampai garing dan rangup.

Bila dan goreng dengan bawang tu, memang cukup sedap dan menyelerakan. Lepas goreng, jangan tapis minyaknya. Minyak tu pun sedap dimakan sekali dengan nasi.

Jangan risau kalau daging tu tak direbus. Sebab garam yang digaulkan pada daging dah buatkannya kecut sepanjang berada dalam peti ais. Lepas ni bolehlah buat daging pekasam sendiri! Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.