Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Sandwich Tuna Marvelous Macam Yang Dijual. Senang Sangat. 5 Minit Siap!

0 2,445

Nak buat sarapan atau minum petang, nak buat menu diet, bekal anak ke sekolah, atau untuk buat berniaga. Macam-macam anda boleh buat dengan sandwich ni. Bukan susah pun cara buat sandwich tuna marvelous macam yang dijual tu. Malah bukan tuna je, lain-lain inti pun mudah dan laku.

Ini saya nak kongsikan macam mana mereka yang jual sandwich tu buat sedap dan menyelerakan. Sekotak besar pun cepat je habis. Perkongsian resepi ni dari Tyra Manan. Yang penting nak rasa sandwich yang marvelous ni kenalah ada bahan perisa dia.

Jangan sekadar tuna, bawang dan sayur je. Biasanya kalau letak black pepper dan lada sulah, terus naik rasa inti sandwich anda. Tak kira buat sandwich tuna, sandwich telur dan sebagainya.

Tak susah pun, hanya campakkan je kesemua bahan dalam satu mangkuk kemudian gaulkan sebati. Lepas tu masukkan dalam roti.

Walaupun buat sendiri sandwich anda ni, janganlah tamak pula sumbatkan inti yang berlebihan. Berpadalah sebab roti saiznya kecil je dan mudah terkeluar masa anda gigit.

 

RESEPI SANDWICH TUNA

Kalau nak terima tertamu ke rumah, atau majlis hari jadi, sandwich ni salah satu hidangan anda boleh buat. Boleh jadi makanan santai, tapi mengenyangkan. Dah tau buat ni, lepas ni nak berniaga sendiri pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti gardenia
  • Mayonis
  • Butter/marjerin
  • Tomato
  • Salad
Bahan inti:
  • Tuna ayam brand (olive)
  • Bawang holland (dadukan kecil atau cincang)
  • Capsicum (dadukan kecil)
  • Cili padi (kalau anda nak pedas)
  • Garam
  • Black pepper biji (kisar)
  • Lada putih
Cara susun atur roti dan inti sandwich tuna marvelous:

▶️ Satukan kesemua bahan inti dan gaulkan sebati. Ketepikan.

▶️ Ambil 3 keping roti dulu.

▶️ Kemudian potongkan bahagian tepi warna coklat tu.

▶️ Untuk slice pertama, sapukan marjerin/butter pada roti dan juga mayonis.

▶️ Lepas tu letak salad dan tomato.

▶️ Letakkan tuna atas tomato dan ratakannya. Lepas potong nanti hujung-hujung roti pun tuna masih berasa.

▶️ Tutupkan roti kedua atasnya. Kemudian buat untuk slice kedua pula.

▶️ Letakkan tomato.

▶️ Letakkan tuna atasnya macam slice pertama tadi.

▶️ Tutup dengan salad.

▶️ Untuk slice ketiga roti, sapukan juga butter dan mayonis macam slice 1 tadi.

▶️ Kemudian tutup atas salad.

▶️ Macam ni rupa dia.

▶️ Waktu nak potong roti, kalau tak nak roti bergerak boleh cucuk dengan lidi kecil.

▶️ Kemudian potong 4.

▶️ Nak nampak kemas, susunkan dalam paper cup macam orang jual tu.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Sandwich Omelette Ayam Ham. Sedap Gila! Rugi Tak Cuba.

 

Comel je dengan saiznya yang kecil. Nak buat bekal anak ke sekolah atau bawa pergi picnic memang sesuai sangat.

Kalau anda nak bekalkan suami ke tempat kerja pun boleh sebagai sarapan. Pasti kenyang punyalah. Sebab roti dan intinya memang boleh mengenyangkan.

Buat ibu-ibu yang pening nak buat minum petang apa nanti, bolehlah buat sandwich tuna marvelous ni. Buat sebungkus roti gardenia pun dah dapat banyak keping sandwich. Tak rugi buat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.