https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Sushi Tuna Simple Dan Sedap. Buat Makan-Makan Santai Di Rumah. Anak-Anak Mesti Suka.

0 9,635

Sesetengah orang tak berapa suka makan sushi ni. Yelah, makanan jepun kebanyakannya tak sesuai dengan tekak melayu. Tapi sushi tuna simple dan sedap versi Hida San ni mungkin kena pada tekak anda. Bahannya ringkas je. Buat untuk anak-anak pasti mereka suka.

Bagi yang minat sushi mungkin mereka rasa resepi sushi ni simple dan basic sahaja. Hidangan sushi lagi advance mungkin menjadi pilihan. Tapi bagi yang baru nak cuba, resepi ni sesuai untuk anda. Tak perlu banyak-banyak bahan pun dah memadai.

Bila dah rasa yang simple, barulah lepas ni nak cuba yang lebih advance pun tak apa kan. Untuk bahan utama dalam membuat sushi ni perlu ada nasi. Tapi nasi bukanlah macam biasa kita masak tu. Nasinya perlu lembik supaya mudah untuk dibalutkan nanti.

Dalam resepi ni gunakan beras jepun yang memang sedap, lembut dan wangi. Letakkan sikit cuka nasi dan juga garam supaya nasi lebih berperisa.

Bahan-bahan di dalamnya terpulang pada anda nak letakkan apa. Ikut juga selera dan kreativiti masing-masing. Untuk resepi simple ni dimasukkan tuna, timun, crab stick dan juga telur dadar.

 

RESEPI SUSHI TUNA SIMPLE DAN SEDAP

Selain nasi, bahan utama lain untuk sushi ialah seaweed atau pun rumpai laut. Seaweed ni pun ada bermacam-macam jenis di pasaran. Ada yang berperisa pedas, ada yang original. Ikut juga selera masing-masing.

Kadang-kadang bila seaweed dah ada perisa, nasi tu buat masak biasa pun tak apa. Untuk seaweed ni, perlulah lembut sebelum digulungkan dengan nasi. Jadi, perlu grill atau bakar dulu supaya lembut.

Bahan-bahannya:
Nasi sushi
  • 2 cawan beras jepun
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cuka nasi

Tuna
  • Tuna tin kecil
  • 1 sudu kecil blackpepper
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar mayonnis
Telur dadar
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar fresh milk
  • Garam secukupnya
Lain-lain
  • Crab stick (dicelur sekejap dalam air panas)
  • Seaweed
  • Timun

Cara buat sushi:

▶️ Masak nasi dengan beras jepun mengikut sukatan yang diberikan (kalau pakai beras biasa, gunalah beras wangi).

▶️ Selepas nasi dah masak, campurkan sikit garam dan cuka nasi dan gaulkan sebati.

▶️ Lepas tu sejukkan.

▶️ Sambil tunggu nasi sejuk boleh sediakan bahan lain.

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan sikit garam dan fresh milk. Ketuk telur sebati.

▶️ Goreng seperti biasa. Lepas tu potong panjang-panjang.

▶️ Untuk tuna pula, keluarkan dari tin. Kemudian campurkan sikit garam, lada hitam dan juga mayonis. Gaulkan sebati.

▶️ Untuk seaweed, perlu grill dahulu untuk lembutkannya.

▶️ Kemudian letakkan seaweed atas tikar buluh kecil (tikar buluh ni boleh dapatkan di Giant, Tesco atau daiso).

▶️ Letakkan nasi atas seaweed dan ratakan.

▶️ Tangan perlu sentiasa basah supaya nasi tak melekat di tangan.

▶️ Kemudian letak bahan-bahan lain ikut anda suka.

▶️ Susunkan kemas-kemas supaya nanti nampak cantik dan sekata.

▶️ Cara menggulungnya, pegang ketat-ketat dan tolak. Gunakan tikar tu untuk menolak seaweed ke depan dan tekankan untuk padatkan nasi dan bahan lain tadi.

▶️ Proses tekan dan tolak tu perlu lakukan sampai habis gulungan.

▶️ Hasilnya akan jadi macam ni.

 

BACA JUGA: Bagi Penggemar Makanan Korea. Jom Buat Spicy Enoki! Gerenti Makan Sampai Licin!

 

▶️ Lepas tu bolehlah potong dalam lebar 1.5 cm untuk setiap seketul sushi.

▶️ Sedia dihidangkan.

Makan macam tu je sedap atau nak cicah dengan kicap pun sedap juga. Ikut selera anda. Kalau nak cicah dengan sos pedas pun terpulang.

Cara nak buat kicap tu anda boleh campurkan kicap dengan bawang putih tumbuk, halia tumbuk dan juga gula. Lepas tu gaulkan sebati.

Memang lagi sedap kalau ada kicap macam restoran sushi. Sushi tuna simple dan sedap macam ni kalau buat makan malam pun sesuai sebab mengenyangkan. Nak buat pun mudah. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.