pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Rahsia Buat Sate Sedap. Cucuk Ayam Besar-Besar, Rasa Sate Lebih Mantap Dan Juicy.

0 12,509

Bila musim pkp ni, nak keluar rumah pun dah tak boleh. Rindu pula nak makan sate panas-panas dengan hidangan kuah kacangnya yang sedap bersama keluarga. Jangan risau. Boleh je buat sate sendiri di rumah. Ada rahsia buat sate sedap yang setanding dengan sate yang dijual, malah lebih sedap lagi.

Mengikut tips yang dikongsi oleh Nurulhuda Radzi ni, nak buat sate yang sedap perlulah potong isi ayam besar-besar. Jadi bila dibakar, isi ayam nanti tak kan kecut dan kering. Pendek kata ayamnya nanti akan lebih juicy dan berperisa.

Rahsia kesedapan sate ni juga bergantung pada bahan perapannya. Bahan apa yang dicampur dan berapa lama ianya diperap.

Nak dapat hasil yang menarik, sebaiknya ayam diperap semalaman supaya bahan semua meresap sepenuhnya ke dalam isi ayam.

Bukan je isi ayam tu nanti akan lebih berperisa, malahan anda nanti tak perlukan masa yang lama untuk membakar sebab ianya mudah masak.

 

RESEPI SATE SEDAP

Selepas ayam dah diperap, nanti jangan dibuang air perapan tu. Campurkannya dengan sedikit minyak masak, dan gunakan untuk merenjis sate yang sedang dibakar.

Bahan-bahannya:
  • Ayam 1 ekor (ambil kesemua isi ayam dan kulitnya)
Bahan kisar:
  • Bawang besar 2 labu
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia 2 inci
  • Serai 4 batang
Bahan perap:
  • Gula melaka 2 keping (potong kecil-kecil atau hiris)
  • Gula 1 ½ cawan (rasa manis ni yang buat lagi sedap)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Serbuk kunyit 4 sudu kecil
  • Sarbuk jintan manis 3 sudu besar

Cara buat sate sedap:

▶️ Kisarkan kesemua bahan kisar.

▶️ Potong ayam dadu, cuci dan toskan. Kulit ayam pun perlu dipotong kecil-kecil.

▶️ Sediakan bekas besar, kemudian masukkan isi ayam dan juga kulitnya sekali yang telah dicuci dan dipotong.

▶️ Masukkan sekali bahan kisar dan juga bahan perapan.

▶️ Gaulkannya sebati.

▶️ Boleh rasa sikit. Yang mana kurang boleh tambahkan contohnya garam dan gula.

▶️ Kemudian perap semalaman. Contohnya perap tengah malam semalam, dan petang ni dah boleh bakar.

▶️ Selepas dah perap, cucuk isi ayam pada lidi.

▶️ Semasa cucuk, selitkan kulit ayam di tengah-tengah.

▶️ Kemudian boleh bakar.

▶️ Jangan lupa, bancuhkan air perapan tadi dengan sedikit minyak. Lepas tu ambil serai yang dah diketuk hujungnya. Renjiskan pada sate yang sedang dibakar.

▶️ Sate tu akan kekal juicy, lebih berperisa dan mudah masaknya. Kalau makan macam tu je pun dah sedap.

▶️ Namun boleh juga kalau cicahkannya dengan kuah kacang.

Bahan-bahan untuk kuah kacang:
  • Kacang tanah 1 cawan (disangai)
  • Cili kering 1 genggam (potong dan rebus)
  • Bawang besar 2 labu
  • Halia 2 inci
  • Serai 1 batang diketuk
  • Gula melaka 2 keping
  • Gula ½ cawan
  • Garam
  • Air 3 cawan
  • Santan 1 kotak
  • Asam keping 2 keping
Cara masak kuah kacang:

▶️ Sangaikan kacang tanah dulu (goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya).

▶️ Kemudian kisar halus secara kering. Tapi jangan halus sangat pula. Kalau nak tumbuk pun boleh.

▶️ Kisar cili kering, bawang besar dan halia.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kauntiti minyak sedang-sedang je.

▶️ Masukkan bahan yang dikisar tadi dan juga serai. Tumis sampai naik minyak.

▶️ Kemudian masukkan kacang dan gaul sebati.

▶️ Masukkan air dan biarkan kuah mendidih dalam api yang perlahan.

▶️ Bila nampak kering sikit, masukkan santan, gula melaka, garam dan gula secukupnya.

▶️ Kalau tak nak masukkan santan pun tak apa. Boleh gantikan dengan air je.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Percik Simple Dan Sedap. Dengan Isi Ayamnya Juicy Dan Sos Leleh.

 

▶️ Masak sampai kuah jadi pekat.

▶️ Rasa dulu apa yang kurang. Lepas dah cukup berasa, padamkan api.

Hidangkan dengan sate tadi. Memang sedap dengan rasa sate yang mampat, sedap dan wangi. Lepas tu cicahkan pula dengan kuah kacang yang cukup berasa.

Puas hati bila buat sate sendiri ni. Dapat buat sekali banyak, dan yang penting dapat buat isinya mengikut citarasa kita.

Alang-alang dah jumpa rahsia buat sate sedap ni, lepas ni nanti bosan-bosan duduk rumah bolehlah buat sate. Dapat sediakan hidangan istimewa untuk keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.