pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cucur Labu Manis Sedap Dan Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Mudah Dengan 3 Bahan Utama Je!

0 22,450

Buah labu ni memang sedap dengan rasa lemak-lemak dan lembut teksturnya. Sebabkan kesedapannya tu orang selalu buat pelbagai jenis makanan termasuk lauk, kuih, kek dan sebagainya. Antaranya masak lemak labu, talam dan lepat. Selain tu ada juga buat cucur labu manis goreng rangup.

Jom saya kongsikan cara buat cucur labu manis dan special ni yang mudah untuk dibuat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Mungkin ada yang jarang dengar labu dibuat cucur. Selalunya orang buat cucur (jemput-jemput) pisang atau cucur ikan bilis.

Biasanya buat cucur labu ni menggunakan labu kuning ataupun pumpkin. Labu akan direbus dan dihancurkan sehingga lembut. Itu yang buatkan sedap bila disebatikan dalam tepung untuk digoreng.

Lepas tu digoreng pula hingga rangup kulit di luar. Memang sedap bila gigit gorengan cucur yang garing dan mempunyai isi yang lembut dan manis di dalam.

Tambah lagi dimakan waktu panas-panas lepas digoreng. Resepi cucur labu manis dan sedap ni dikongsikan oleh Noor Lela Abdul Samad. Mudah dan ringkas sangat cara membuatnya.

 

RESEPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN RANGUP

Bila buat cucur ni, ada sesetengah tu selalu gunakan serbuk penaik untuk dapatkan hasil cucur yang gebu dan kembang. Tapi untuk resepi ni tak gunakan sebarang serbuk penaik.

Cuma nak dapatkan hasil gorengan yang cantik dan lembut, kena pandai buat bancuhan tepung supaya tak terlalu cair atau terlalu pekat. Baru dapat hasil gorengan yang lembut dan sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • ¼ biji labu kuning
  • 3-4 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat cucur labu:

▶️ Buang kulit labu dan biji labu. Cuci bersih.

▶️ Potongkannya 4 segi.

▶️ Kemudian rebus labu dalam periuk sampai empuk menggunakan 2 cawan air tadi.

▶️ Lepas labu dah lembut, padamkan api.

▶️ Lepas tu masukkan gula dan lenyekkan labu sampai hancur. Biarkan gula tergaul sekali dengan labu.

▶️ Bila adunan macam dah sejuk sikit, masukkan tepung dan sedikit garam. Garam tu sikit je untuk rasa lemak je.

▶️ Kemudian bancuh dan kacau adunan sebati. Buat agak-agak bancuhan boleh dibentuk. Jangan terlampau keras atau terlampau lembik sangat.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak betul-betul panas, masukkan adunan menggunakan sudu satu persatu.

▶️ Bila dah garing sikit, balik-balikkannya.

▶️ Goreng sehingga garing kekuningan, kemudian angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dijamah.

 

BACA JUGA: Jemput-Jemput Bilis Campur Nasi Gerenti Sedap! Lembut Di Dalam Dan Rangup Di Luar! 

 

Buat hidangan minum petang bersama kopi’o. Sedap makannya waktu panas-panas dan cucur masih dalam keadaan garing.

Rasa manisnya labu ni lebih kepada manis-manis lemak. Itu yang buatkan rasa dia lebih sedap dan istimewa. Lepas ni bolehlah cuba hindangkan untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.