pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Kerabu Tiada Sebarang Pewarna. Tapi Aroma Rasa Masih Sedap Dan Wangi.

0 686

Siapa kat sini penggemar nasi kerabu? Pantang nampak ada jual nasi kerabu, memang terus sambar je. Tapi tak semua yang dijual tepat dengan citarasa. Betul tak? Kali ni saya nak kongsikan satu resepi sedap nasi kerabu yang tiada sebarang pewarna dan mudah untuk disediakan.

Kebiasaannya nasi kerabu datangnya bewarna biru sebab dimasak dengan bancuhan air bunga telang atau pun pewarna. Tertanya-tanya, eh sedap ke kalau nasi ni warna ‘plain’ je. Sebenarnya di Kelantan memang ada hidangan nasi kerabu dengan nasi putih sahaja.

Tapi boleh dimasukkan daun limau untuk naikkan aroma nasi. Bukan tu je, ada juga divariasikan dengan warna kuning yang dicampurkan dengan serbuk kunyit sebab kadang-kadang sukar nak cari bunga telang untuk hasilkan warna biru asli.

Apa pun cara hidangan nasi, yang penting ialah sajian lauknya. Hidangan nasi kerabu akan lengkap dengan adanya ayam bakar atau ikan celup tepung, solok lada, kuah tumis, sambal kelapa, ulaman dan telur asin.

Namun resepi yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin ialah versi yang simple dan mudah untuk disediakan. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI NASI KERABU SIMPLE DAN SEDAP

Dalam resepi ni akan tunjukkan cara penyediaan untuk nasi, ayam bakar, kuah tumis dan ulamannya. Walaupun tak semua lauk ada, janji ada kuah tumis campuran budu sebagai pelengkap sebenar untuk hidangan nasi kerabu ni.

Bahan-bahan yang disediakan:
Bahan untuk nasi:
  • Serai 1 batang diketuk
  • Daun limau purut 3-5 helai (dikoyakkan)
  • Sesiapa nak ada warna biru boleh letakkan air bunga telang atau pewarna biru

 

Bahan untuk ayam bakar:
  • Ayam 1 ekor dipotong 14
  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia ½ inci
  • Serai 4 batang
  • Cili boh 3 sudu besar
  • Cili sos 4 sudu besar
  • Maggi cukup rasa dan garam secukupnya
  • Minyak masak 3 sudu besar

Bahan untuk kuah tumis:
  • Bawang holland 1 biji
  • Bawang putih 8 ulas
  • Cili kering kisar 3 sudu besar
  • Serai 1 batang diketuk
  • Sedikit gula melaka
  • Asam keping 1 keping
  • Budu 1 botol (cap ketereh)
  • Santan 100 ml
  • Garam dan maggi cukup rasa

Bahan untuk ulaman:
  • Kobis ¼ biji yang dipotong halus
  • Lobak merah dimayang
  • Kacang panjang dihiris halus
  • Boleh juga kalau nak tambah bunga kantan, timun balang dan ulam raja jika nak

Cara penyediaan nasi kerabu simple:
Cara masak nasi:

▶️ Untuk nasi, masakkan je nasi seperti biasa dengan ukuran air ikut beras anda. Masukkan je serai dan daun limau purut dan tenggekkan atas periuk nasi.

Cara buat ayam bakar:

▶️ Mula-mula bersihkan ayam.

▶️ Kemudian kisar bawang besar, bawang putih, halia dan juga serai. Bahan kisar ni kemudiannya ditapis dan buang airnya. Ambil pes sahaja.

▶️ Dalam 1 bekas, masukkan ayam dan bahan kisar ni beserta dengan minyak masak, cili boh dan cili sos.

▶️ Kemudian, perapkan ayam sehingga 2-3 jam.

▶️ Lepas perap, bakar ayam menggunakan air fryer pada suhu 180’c selama 20-25 minit. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh juga.

▶️ Dah siap ayam bakar.

 

Cara buat kuah tumis:

▶️ Mula-mula kisarkan bawang holland (atau bawang besar) dan juga bawang putih. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan cili kering kisar dan juga serai yang diketuk. Masukkan juga gula melaka dan tumis sehingga garing dan naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi. Masukkan juga asam keping dan kacau sehingga sebati. Biarkan sampai pecah minyak.

▶️ Lepas dah pecah minyak, tuangkan santan dan juga budu.

▶️ Masukkan juga perasa dan kacau sebati. Masa ni boleh perlahankan api.

▶️ Kacau dalam masa 5-10 minit.

▶️ Dah siap.

 

Cara penyediaan ulaman:

▶️ Bahan-bahan ulaman tadi bolehlah disatukan dan digaul sekata.

Dah siap hidangan simple nasi kerabu untuk makan santai-santai di rumah. Kalau dah teragak sangat nasi kerabu, bolehlah buat hidangan ni.

 

BACA JUGA: Cara Buat Solok Lada Sedap Dan Mampat. Resepi Simple Tapi Padu!

 

Janji ada ayam bakar dan juga kuah tumis yang dicampur budu tu sebagai pembangkit selera. Kalau nak sedap lagi, boleh beli telur asin siap dan juga keropok keping untuk penambah rasanya.

Mudah je kan? Bagi yang tak pandai masak pun boleh buat resepi ni sebab mudah dan ringkas je bahannya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.